PROGRAM TERKINI!

Tuesday, March 22, 2016

Konsep kendiri

Siapa Aku?
=======
Seorang pengemis duduk di pintu sebuah hypermarket. Di sisinya ada satu mangkuk yang berisi beberapa keping duit syiling. Disebelah mangkuk itu pula ada sebekas tisu. 
Ada beberapa orang yang lalu-lalang akan memandangnya dengan pergi begitu sahaja, dan ada juga yang meletakkan beberapa duit syiling.
Tiba-tiba lalu seorang usahawan muda melintas dan meletakkan sehelai note RM1. Dia berlalu pergi memasuki pasaraya. 
Selesai urusan pemuda tersebut kembali semula di tempat yang sama. Dia terus mencapai bekas tisu berhampiran pengemis tadi sambil berkata: " Nilai harganya berpatutan. Sememangnya kamu seorang peniaga, begitu juga saya". Sambil berlalu pergi.
Enam bulan kemudian, di satu majlis jamuan. Pengemis hadir dengan berpakaian sut dan tali leher. Beliau mendekati usahawan muda yang tidak dapat mengenalinya sambil memperkenalkan diri.
"Bagaimana kamu boleh berada di sini dengan penampilan yang berbeza sekali". Tanya beliau.
"Barangkali Tuan tidak mengenali saya, enam bulan yang lalu saya adalah seorang pengemis. Kata-kata tuan sebelum ini menginsafkan diri dan mengembalikan maruah saya".
~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang mengubah pendirian diri amat berkait dengan harga diri.
Apa yang difikirkan, dirasa dan gambarkan tentang diri kita akan membina konsep kendiri kita. Pendapat kita tentang diri kita akan mempengaruhi segala aspek kehidupan.
Tanpa sedar juga kita cenderung memberikan penilaian pada diri kita terhadap orang lain.
Oleh itu, gambaran bagaimanakah yang mahu kita berikan kepada diri kita. Siapakah yang kita mahu jadi? Ia bakal menjadi penentu pada kejayaan diri kita.

No comments:

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.