PROGRAM TERKINI!

Friday, April 28, 2017

Diari kaunselor

"Addabani Rabbi Fa Ahsana Taadibi"
=========================
Sebagai kaunselor, kemahiran mendengar dan memerhati adalah dua kemahiran yang sangat penting dalam proses kaunseling.
Teknik mendengar jika tidak diaplikasikan dalam sesi ia boleh menyebabkan kaunselor gagal membantu klien untuk mengenalpasti masalah.
Inilah yang boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan seharian. Iaitu lebih banyak mendengar dan memerhati. Menjadi 'silent reader' lebih baik bila ada dalam satu-satu kumpulan. Kerana dari situ kita boleh belajar banyak perkara.
--------

Tazkirah

Memetik kata-kata dari seorang ulama: Islam tidak akan sempurna tanpa iman. 
Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. 
Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Tip penulisan

Tip penulisan
Sebagai penulis saya bertemu ramai pembaca yang menyatakan mereka juga berimpian menjadi penulis.
Bahkan ada ramai rakan-rakan saya yang mahu berkolabrasi untuk menulis. Ada yang dah kami sama-sama derafkan, ada yang kami sudah cari tajuk dan temanya.
Namun setakat ini kolabrasi itu belum berjaya. Hakikatnya menulis itu perlukan minat dan dedikasi yang tinggi. Ia juga perlukan tumpuan.
Sejak tiga bulan ini saya sedang menyiapkan buku akademik atau modul pengajaran. Modul ini sebenarnya diberikan tugasan kepada saya kerana pensyarah sebelumnya tidak dapat menyiapkan.
Saya terfikir, pastinya dia tidak mampu untuk komit menulis secara berterusan sampai siap. Apalagi jika tidak sempat membaca rujukan, ia akan menambah susah.
Benar menulis itu dilihat mudah, bahkan semua orang mampu menulis. Namun sebagaimana saya katakan tadi, perlu ada fokus. Perlu sanggup berkorban masa.
Ya, saya sendiri berkorban. Sebulan sekali belum tentu saya ke hypermart atau gedung beli belah. Jika tiada keperluan penting saya tidak akan suka-suka ke tempat yang ramai orang. 
Saya lebih tega mengadap note book bagi menulis dari bersembang perkara sia-sia. Sebab itu saya elakkan dari menbuang masa tanpa faedah, bimbang juga membawa lagha.
Sebagai penulis, kita perlu memberi prioriti. Apalagi bergelar isteri dan ibu pasti banyak yang perlu dilunasi. Itu belum masuk tugasan yang lain.
Menulis juga perlua ada idea dan kreativiti. Maka jangan kita lupa, setiap waktu kita perlu berdoa memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Dia yang memberiksn ilmu dan ilham. Banyakkan meminta padaNya.
Sungguh! Dia Maha Mendengar.
Dia juga yang merealisasikan banyak impian. Ikhlaskan niat, apa motif menulis.
Semuanya dari Allah dan kerana Allah.
Wallahuaalam
Ummu Iman🌸

Muhasabah diri



MUHASABAH

Kita cenderung melihat apa yang orang lain ada dan miliki.
Kita tengok pasangan orang lain hebat belaka.
Kita lihat anak orang lain pandai-pandai semuanya, 
Kita perhatikan keluarga orang lain bahagia dan senang lenang sahaja.
Hakikatnya kita sekadar melihat dengan pandangan zahir.
Jarang sekali kita menggunakan
pandangan mata hati.
Mata hati membantu kita membuat refleksi diri,
Belajar mensyukuri,
apa yang dimiliki,
memperbaiki kesilapan diri,
menggunakan seluruh potensi,
bagi mengubah kehidupan sendiri,
menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Seringkali juga kita melihat secara zahir tanpa kita ketahui,
apa ujian yang telah mereka telah lalui,
Ada yang sekarang kaya raya,
mana kita tahu dulu mereka hidup papa kedana.
Ada yang bahagia,
mana kita tahu dahulunya mereka hidup dalam sengsara.
Ada yang bahagia,
mana kita sedar mereka sebelum ini diuji pelbagai cara.
Sungguh, hidup ini pentas ujian,
semua kita ada cabaran tersendiri,
Dia menguji hambanya berbeza-beza,
Allah beri apa yang terbaik untuk kita, di sisinya,
susah senang kaya raya bahagia derita,
semuanya itu cubaan belaka,
bagi insan yang mahu berfikir,
tahu untuk bersyukur,
mahu untuk belajar,
rasa kecintaan akan hadir,
dalam apa jua keadaan,
dalam apa jua bentuk kehidupan,
Dia mahu kita dekat padaNya.
kembali pada fitrahNya.
Tinta pena
Dr Sakinah Salleh

Motivasi 3i



Kaya dan hebat mana pun kita, semuanya milik Allah.
Kita sekadar singgah sementara di alam ini.
Kita akan kembali kepadaNya.
Apa yang akan kita bawa bersama untuk satu perjalanan itu?
Pastinya amalan yang baik yang di terima di sisi Allah.
Allah ampunkanlah segala dosa kami.
Masukkan kami ke dalam syurgaMu.
-Brunei Darussalam

Kaunseling

Alhamdulillah.
Bemulakan tugas sebagai panel kaunselor untuk satu perbadanan yang mempunyai hampir 700 pekerja di seluruh negara. 
Malangnya sejak puluhan tahun bertapak mereka tiada unit kaunseling. Satu cabaran besar untuk memulakan sesuatu yang baru. 
Ada pelbagai persepsi di kalangan pekerja. Apa pun ia satu langkah bijak bagi pihak HR yang melihat pentingnya kaunseling untuk para pekerja dan majikan.
Nota: 'Counseling and consulting' dua perkara berbeza. Nampak mudah.

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.