PROGRAM TERKINI!

Thursday, November 9, 2017

MENTORING



Apakah itu 'mentoring'?
'Mentoring' adalah hubungan seorang yang mempunyai pengalaman/ilmu/profesional (mentor) yang berkongsi pengetahuan dan kebijaksanaannya dengan seorang yang kurang pengalaman/profesional (mantee) dalam pembangunan karier/bidang.

Bagaimana mentor membantu mantee nya?
✓Memperkenalkan mantee kepada jaringan kepintarannya
✓Penyelesaian masalah (berdasarkan pengalamannya atau pihak lain apabila berhadapan dengan sesuatu masalah)
✓Membantu mengatasi rintangan-rintangan
✓Meneroka cara manteenya berfikir, membuat keputusan dll
✓Perancangan karier


kepentingan Hashtag #

APA ADA PADA HASHTAG # 
===================

Hashtag sering digunakan oleh ramai pengguna media internet.

Namun disebalik penggunaan hashtag ini ramai yang tidak tahu hashtag amat membantu dari segi:

+ positioning

+ branding

+ marketing/sales

+ informasi

+ kategori/kataloging

Dalam setiap penulisan ada isu-isu berbeza yang disentuh.

Umpamanya apabila menulis motivasi kecemerlangan diri, hashtag yang digunakan adalah seperti #kenalidiribinaidentiti. #motivasi3i. 

Hashtag ini ada tagline yang digunakan sejak dulu dan mempunyai link pada blog dan page.

Penggunaan hashtag juga bergantung kepada topi apa yang pakai waktu itu. 

Contohnya apabila saya menggunakan #melakarkehidupanbahagia #keluargamenujusyurga.

Ia bertujuan berkongsi tip kepada pembaca sekaligus memberikan promosi  buku. Seperti buku terbaru terbaru "Melakar Kehidupan Bahagia".

Mungkin ada segelintir tidak bersetuju penggunaan hashtag untuk branding. 

Hashtag juga membantu untuk membrandingkan program atau produk seperti #smartlearning #worklifebalance yang digunakan menberi informasi tentang program yang dilaksana.

Dengan adanya hashtag positioning seseorang dapat dibaca atau ditafsir secara tidak langsung oleh pembaca atau follower.

Hashtag yang bertujuan untuk branding, positioning atau marketing seeloknya perlu konsisten dan mempunyai strategi tertentu. 

Tidak salah mencuba. Ia tidak berbayar. Semoga sukses!


#akumenulisbukankernanama

Persyarikatan Kelebihan PLT

Membangunkan legasi perniagaan adalah impian setiap orang bisnes.
Jika mereka berniaga untuk menampung kos sara hidup mereka itu lebih kepada bekerja sendiri.
Apabila berbisnes, sudah pastinya kita mahu bisnes kita maju dan berkembang.
Disini beberapa sebab anda perlu menubuhkan PLT jika masih tidak bersedia untuk SDN BHD.
1. PLT adalah syarikat
Entiti perniagaan yang berstatus syarikat di Malaysia ini adalah PLT,SDN BHD dan BERHAD. Enterprise yang didaftarkan di SSM itu bukanlah entiti berbentuk syarikat, enterprise itu adalah lesen untuk anda menjalankan perniagaan. lesen itu akan tamat setiap tahun, anda perlu memperbaharuinya setiap kali tamat tempoh. jika di luar negara, PLT ini dikenali sebagai LLC(limited liabilities company), LLC ini banyak digunakan oleh golongan profesional untuk menjalankan perniagaan mereka seperti akauntan, peguam, doktor, dan ramai lagi.
2. Kos Menyelenggara yang rendah
Kos setahun untuk sesebuah syarikat plt adalah jauh lebih rendah berbanding syarikat SDN BHD. Kos untuk menyerah simpan 'annual declaration' kepada SSM adalah dibawah RM 300. sekiranya anda melantik pegawai pematuhan untuk mengurus aspek pematuhan ini, kos yang terlibat mungkin RM400.
3. Melindungi Aset
Banyak 'startup' menggunakan struktur PLT untuk melindungi aset peribadi mereka daripada tindakan undang-undang yang diarahkan kepada syarikat. Segala harta peribadi tidak akan disita apabila syarikat bankrup. Berlainan dengan enterprise, pemilik enterprise boleh menjadi berisiko apabila anda sudah ditahap mahu mengembangkan bisnes. Plt juga mempunyai tindakannya yang terhad berbanding SDN BHD, Kerana plt ini lebih sesuai digunakan 'Startup' dan cenderung plt juga adalah mencukupi keperluan perniagaan di peringkat permulaan.
4. Daftar Mudah
Keperluan untuk startup untuk memilih struktur syarikat yang ideal adalah cepat dan mudah. Anda boleh melakukan pendaftaran sendiri tetapi jika tidak mahu membazirkan masa. anda boleh saja melantik wakil atau company secretaries untuk daftarkan bagi pihak anda.
5. Perubahan syarikat lebih mudah
Manfaat lain dari struktur PLT untuk 'start-up' ialah tidak perlu banyak penyelenggaraan berterusan dan, mungkin lebih penting lagi, mudah untuk menambah rakan kongsi baru atau menjual pembahagian dalam entiti kepada orang lain. Ini lebih mudah daripada struktur perniagaan SDN BHD.

Petikan dari ABS Edu Consult PLT.

Friday, April 28, 2017

Diari kaunselor

"Addabani Rabbi Fa Ahsana Taadibi"
=========================
Sebagai kaunselor, kemahiran mendengar dan memerhati adalah dua kemahiran yang sangat penting dalam proses kaunseling.
Teknik mendengar jika tidak diaplikasikan dalam sesi ia boleh menyebabkan kaunselor gagal membantu klien untuk mengenalpasti masalah.
Inilah yang boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan seharian. Iaitu lebih banyak mendengar dan memerhati. Menjadi 'silent reader' lebih baik bila ada dalam satu-satu kumpulan. Kerana dari situ kita boleh belajar banyak perkara.
--------

Tazkirah

Memetik kata-kata dari seorang ulama: Islam tidak akan sempurna tanpa iman. 
Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. 
Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Tip penulisan

Tip penulisan
Sebagai penulis saya bertemu ramai pembaca yang menyatakan mereka juga berimpian menjadi penulis.
Bahkan ada ramai rakan-rakan saya yang mahu berkolabrasi untuk menulis. Ada yang dah kami sama-sama derafkan, ada yang kami sudah cari tajuk dan temanya.
Namun setakat ini kolabrasi itu belum berjaya. Hakikatnya menulis itu perlukan minat dan dedikasi yang tinggi. Ia juga perlukan tumpuan.
Sejak tiga bulan ini saya sedang menyiapkan buku akademik atau modul pengajaran. Modul ini sebenarnya diberikan tugasan kepada saya kerana pensyarah sebelumnya tidak dapat menyiapkan.
Saya terfikir, pastinya dia tidak mampu untuk komit menulis secara berterusan sampai siap. Apalagi jika tidak sempat membaca rujukan, ia akan menambah susah.
Benar menulis itu dilihat mudah, bahkan semua orang mampu menulis. Namun sebagaimana saya katakan tadi, perlu ada fokus. Perlu sanggup berkorban masa.
Ya, saya sendiri berkorban. Sebulan sekali belum tentu saya ke hypermart atau gedung beli belah. Jika tiada keperluan penting saya tidak akan suka-suka ke tempat yang ramai orang. 
Saya lebih tega mengadap note book bagi menulis dari bersembang perkara sia-sia. Sebab itu saya elakkan dari menbuang masa tanpa faedah, bimbang juga membawa lagha.
Sebagai penulis, kita perlu memberi prioriti. Apalagi bergelar isteri dan ibu pasti banyak yang perlu dilunasi. Itu belum masuk tugasan yang lain.
Menulis juga perlua ada idea dan kreativiti. Maka jangan kita lupa, setiap waktu kita perlu berdoa memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Dia yang memberiksn ilmu dan ilham. Banyakkan meminta padaNya.
Sungguh! Dia Maha Mendengar.
Dia juga yang merealisasikan banyak impian. Ikhlaskan niat, apa motif menulis.
Semuanya dari Allah dan kerana Allah.
Wallahuaalam
Ummu Iman🌸

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.