Tip penulisan
Sebagai penulis saya bertemu ramai pembaca yang menyatakan mereka juga berimpian menjadi penulis.
Bahkan ada ramai rakan-rakan saya yang mahu berkolabrasi untuk menulis. Ada yang dah kami sama-sama derafkan, ada yang kami sudah cari tajuk dan temanya.
Namun setakat ini kolabrasi itu belum berjaya. Hakikatnya menulis itu perlukan minat dan dedikasi yang tinggi. Ia juga perlukan tumpuan.
Sejak tiga bulan ini saya sedang menyiapkan buku akademik atau modul pengajaran. Modul ini sebenarnya diberikan tugasan kepada saya kerana pensyarah sebelumnya tidak dapat menyiapkan.
Saya terfikir, pastinya dia tidak mampu untuk komit menulis secara berterusan sampai siap. Apalagi jika tidak sempat membaca rujukan, ia akan menambah susah.
Benar menulis itu dilihat mudah, bahkan semua orang mampu menulis. Namun sebagaimana saya katakan tadi, perlu ada fokus. Perlu sanggup berkorban masa.
Ya, saya sendiri berkorban. Sebulan sekali belum tentu saya ke hypermart atau gedung beli belah. Jika tiada keperluan penting saya tidak akan suka-suka ke tempat yang ramai orang.
Saya lebih tega mengadap note book bagi menulis dari bersembang perkara sia-sia. Sebab itu saya elakkan dari menbuang masa tanpa faedah, bimbang juga membawa lagha.
Sebagai penulis, kita perlu memberi prioriti. Apalagi bergelar isteri dan ibu pasti banyak yang perlu dilunasi. Itu belum masuk tugasan yang lain.
Menulis juga perlua ada idea dan kreativiti. Maka jangan kita lupa, setiap waktu kita perlu berdoa memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Dia yang memberiksn ilmu dan ilham. Banyakkan meminta padaNya.
Sungguh! Dia Maha Mendengar.
Dia juga yang merealisasikan banyak impian. Ikhlaskan niat, apa motif menulis.
Semuanya dari Allah dan kerana Allah.
Dia juga yang merealisasikan banyak impian. Ikhlaskan niat, apa motif menulis.
Semuanya dari Allah dan kerana Allah.
Wallahuaalam
Ummu Iman🌸
Ummu Iman🌸
No comments:
Post a Comment