PROGRAM TERKINI!

Friday, April 28, 2017

Muhasabah diri



MUHASABAH

Kita cenderung melihat apa yang orang lain ada dan miliki.
Kita tengok pasangan orang lain hebat belaka.
Kita lihat anak orang lain pandai-pandai semuanya, 
Kita perhatikan keluarga orang lain bahagia dan senang lenang sahaja.
Hakikatnya kita sekadar melihat dengan pandangan zahir.
Jarang sekali kita menggunakan
pandangan mata hati.
Mata hati membantu kita membuat refleksi diri,
Belajar mensyukuri,
apa yang dimiliki,
memperbaiki kesilapan diri,
menggunakan seluruh potensi,
bagi mengubah kehidupan sendiri,
menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Seringkali juga kita melihat secara zahir tanpa kita ketahui,
apa ujian yang telah mereka telah lalui,
Ada yang sekarang kaya raya,
mana kita tahu dulu mereka hidup papa kedana.
Ada yang bahagia,
mana kita tahu dahulunya mereka hidup dalam sengsara.
Ada yang bahagia,
mana kita sedar mereka sebelum ini diuji pelbagai cara.
Sungguh, hidup ini pentas ujian,
semua kita ada cabaran tersendiri,
Dia menguji hambanya berbeza-beza,
Allah beri apa yang terbaik untuk kita, di sisinya,
susah senang kaya raya bahagia derita,
semuanya itu cubaan belaka,
bagi insan yang mahu berfikir,
tahu untuk bersyukur,
mahu untuk belajar,
rasa kecintaan akan hadir,
dalam apa jua keadaan,
dalam apa jua bentuk kehidupan,
Dia mahu kita dekat padaNya.
kembali pada fitrahNya.
Tinta pena
Dr Sakinah Salleh

No comments:

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.