PROGRAM TERKINI!

Wednesday, March 23, 2016

Inspirasi Kerjaya

Ibu bapa inspirasi kerjaya anak-anak,

Ibu bapa yang memiliki kerjaya yang tertentu merupakan inspirasi secara tidak langsung kepada kanak-kanak apabila mereka melihat kerjaya ibubapa mereka. Ada dua hal, ada yang negatif ada yang positif. 

Contohnya kata Adila yang berusia enam tahun” Dilla besar nanti Dilla nak jadi macam ibu, ibu Dilla cantik bergaya, hari-hari ibu pakai cantik-cantik”. Bila ditanya apa kerja ibunya, jawab Dilla ” Ibu Dilla jadi model, itu sebab Dilla nak jadi macam ibu”. 

Lain pula dengan Ismah, kata Ismah ” saya tak suka ibu kerja jadi jururawat sebab kadang-kadang ibu tak balik rumah waktu malam, Ismah nak jadi cikgu bila besar nanti,  Ismah suka jadi cikgu sebab Ismah nak jadi macam Cikgu Yati, Cikgu Yati baik, suka buat kelakar dalam kelas” . Itu keletah kanak-kanak yang membayangkan inspirasi kerjaya mereka bersandarkan orang-orang sekeliling mereka terutama ibu bapa. 

Tuesday, March 22, 2016

Konsep kendiri

Siapa Aku?
=======
Seorang pengemis duduk di pintu sebuah hypermarket. Di sisinya ada satu mangkuk yang berisi beberapa keping duit syiling. Disebelah mangkuk itu pula ada sebekas tisu. 
Ada beberapa orang yang lalu-lalang akan memandangnya dengan pergi begitu sahaja, dan ada juga yang meletakkan beberapa duit syiling.
Tiba-tiba lalu seorang usahawan muda melintas dan meletakkan sehelai note RM1. Dia berlalu pergi memasuki pasaraya. 
Selesai urusan pemuda tersebut kembali semula di tempat yang sama. Dia terus mencapai bekas tisu berhampiran pengemis tadi sambil berkata: " Nilai harganya berpatutan. Sememangnya kamu seorang peniaga, begitu juga saya". Sambil berlalu pergi.
Enam bulan kemudian, di satu majlis jamuan. Pengemis hadir dengan berpakaian sut dan tali leher. Beliau mendekati usahawan muda yang tidak dapat mengenalinya sambil memperkenalkan diri.
"Bagaimana kamu boleh berada di sini dengan penampilan yang berbeza sekali". Tanya beliau.
"Barangkali Tuan tidak mengenali saya, enam bulan yang lalu saya adalah seorang pengemis. Kata-kata tuan sebelum ini menginsafkan diri dan mengembalikan maruah saya".
~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang mengubah pendirian diri amat berkait dengan harga diri.
Apa yang difikirkan, dirasa dan gambarkan tentang diri kita akan membina konsep kendiri kita. Pendapat kita tentang diri kita akan mempengaruhi segala aspek kehidupan.
Tanpa sedar juga kita cenderung memberikan penilaian pada diri kita terhadap orang lain.
Oleh itu, gambaran bagaimanakah yang mahu kita berikan kepada diri kita. Siapakah yang kita mahu jadi? Ia bakal menjadi penentu pada kejayaan diri kita.

Kerjaya penulis


Cita-cita -1
~~~~~~~~
Memilih kerjaya sebagai penulis tidak susah, syarat utama mestilah suka membaca. Hobi membaca buku perlu nombor wahid. 
Selain itu perlu banyak memerhati, kerana darinya akan terbit empati dan simpati yang bakal membuahkan ilham.
Selebihnya disiplinkan diri untuk menulis. Ilham dan ilmu itu dari Allah. Mintalah kepadaNya. Apa jua yang kita ingin jadi dalam kehidupan ini adalah kehendak Allah jua.

Nota : Sepetang bersama warga pelajar di SMK Puteri Jaya. Berkongsi teknik belajar dan bagaimana mencipta kejayaan serta melakar kerjaya.

Konsep Kendiri

Konsep kendiri yang positif lahir dalam diri seseorang individu akan mempengaruhi kejayaan dalam hidupnya.

Sunday, March 13, 2016

Teknik Membuat Peta Minda



Bismillah,

Teknik Membuat Peta Minda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah satu kaedah efektif belajar adalah menggunakan teknik mind mapping atau peta minda.
Penggunaan peta minda banyak keistimewaannya. Antaranya adalah:
+ membantu mengoptimumkan potensi dan kapasiti otak kiri dan otak kanan.
+ mengukuh kefahaman
+ menarik perhatian mata dan otak bagi memberi konsentrasi
+ Unik dan mudah diingat
+ mendapat informasi secara terperinci dan menyeluruh
+ hubungkait yang jelas antara maklumat

==================
**Berminat untuk menyertai program Smart Learning anjuran Al Ihsan boleh hubungi 0360386848 atau sms 01132320072 



Hari ini berlangsung program Smart Learning di Yayasan Selangor bersama pelajar PT3.



Teknik Belajar Berkesan : Membaca Tangga Kejayaan


Bismillah,

Salah satu kesukaran pelajar bila berdepan peperiksaan adalah belajar diperingkat akhir. Ia dipanggil juga sebagai 'procrastination'. Belajar di saat akhir ada baik buruknya. Keburukannya adalah kita tidka sempat untuk membaca kesemua buku rujukan atau mengulangkaji ke semua mata pelajaran kerana masa yang suntuk.

Adakala dek kerana panik kita juga tidak fokus bagi membaca setiap mata pelajaran. Ini kerana kita serbasalah, membaca untuk sejarah terfikir mata pelajaran sains, membaca sains teringat pendidikan Islam belum pun disentuh.


Oleh itu bagi memastikan kita tidak kesuntukan masa, pilihlah untuk membuat ulangkaji dan membaca buku pelajaran diwaktu awal tahun lagi. Apabila mental sudah bersedia maka kita tidak akan merasa tertekan.

*** Berminat mengetahui lanjut bagaimana teknik membaca dan membuat nota, hubungi Al Ihsan Training & Motivation di nombor 0360386848 atau sms 01132320072

24 Februari 2015 team Al Ihsan berkongsi teknik Smart Learning di  SAM Tanjung Karang, Kuala Selangor. Pada waktu yang sama Dr Sakinah Salleh melancarkan buku terbaru beliau " Melakar Kehidupan Bahagia".


Teknik Belajar Berkesan : Bagaimana memupuk minat belajar



Bismillah,

Belajar perlu ada kemahuan yang tinggi itu salah satu pra-syarat untuk memudahkan kaedah belajar. Kenapa? Ya benar. Kemahuan akan mendorong individu untuk :

+ membuat ulangkaji

+ membaca buku

+ membuat nota

+ menyelesaikan kerjarumah

+mengelakkan rasa jemu

+ menambah semangat mahu berjaya serta banyak lagi.


Pepatah mengatakan, disitu ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi berjaya tentukanlah apa yang kita mahu dari awal. Masih belum terlambat untuk merangka halatuju dan matlamat. Dari situ akan terbit kemahuan untuk belajar.

Info Gambar: Ceramah Teknik Belajar Berkesan di SMK Putrajaya Presint 9 (2)







Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.