PROGRAM TERKINI!

Monday, April 18, 2016

Budayakan Tabiat Membaca

Budayakan Tabiat Membaca
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Membaca dan menulis adalah aktiviti yang wajib dijadikan habit. 
Banyak alasan diberikan, tidak sempat, kerja bertimbun, mengantuk dan pelbagai lagi. Padahal membaca itu adalah hobi paling bermanfaat. 
Manusia ada dorongan tersendiri. Motivasi dalaman akan terbit bila ada kemahuan. 
Bagi menanam minat maka letaklah dulu rasa MAHU membaca. Dari situ kita akan nampak dan berjaya mencuri ruang masa untuk membaca.
Ada yang menyatakan sudah banyak membaca. Baca apa tu? Baca update FB, Whatsapp dan pelbagai lagi. 
Jika sudah rajin membaca Alhamdulillah, maka langkah kedua kita tetapkan matlamat membaca buku-buku yang memberi manfaat dan menambah pengetahuan.
Kita boleh menetapkan beberapa genre penulisan, agar membantu kita memperoleh sebanyak mungkin "general knowledge". 
Selain itu, cara mudah memastikan kita ada habit membaca adalah dengan mengamalkan bacaan al Quran setiap hari. Letakkan juga matlamat hari, mingguan, bulanan dan tahunan.
Langkah seterusnya bila membaca, berusahalah menulis ringkasan dari apa yang kita baca. Ia memberi faedah berganda untuk diri kita dan juga orang lain.
Lama kelamaan ia akan menjadi satu keseronokan. Bila tidak membaca kita terasa satu kehilangan/kekosongan. Itu tanda habit membaca sudah tertanam dalam diri.
Bagi penyediaan membaca, seringlah berkunjung ke kedai buku, perpustakaan atau melayari internet bagi membaca e-book, jurnal, artikel dan lain-lain. 
Jika tidak sempat lagi membacanya, tidak mengapa asal ada bukunya atau bahannya. Bila ada masa terluang, kita pasti menatapnya. 
Masukkan juga dalam 'wish list' untuk adakan perpustakaan atau ruang membaca di rumah. Tidak mustahil juga dari pembaca kita boleh bergelar penulis. Hakikatnya menjadi penulis perlu banyak membaca dan menelaah.
Semoga tabiat membaca bukan diserap pada diri kita sahaja bahkan pada ahli keluarga dan orang sekeliling kita. 
Membaca jambatan ilmu.
Wallahuaalam.

No comments:

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.