(a) Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu
menguruskannya dalam
bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.
Peta minda boleh
digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku,
kuliah,
syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan
perbualan telefon.
(b) Ingat Kembali
Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta
minda membenarkan
idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam
keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.
Peta minda
berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali
nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya,
peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran
linear dan
membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna
peta minda
harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah
pusat kepada peta
minda yang baru
(d) Penyelesaian Masalah
Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama
ada dalam
bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu
individu untuk
mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama
lain. Selain itu, ia
juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan
dengan pantas di
samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan
kepentingannya.
(e) Perancangan
Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda
membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan
mudah. Peta
minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan
sama ada dari
surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping
itu, peta minda
juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat,
aktiviti harian,
pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan
dan
persembahan.
(f) Pembentangan
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan
semasa ingin
membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja
membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu
gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian
kertas. Peta
minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti
laporan, kertas
kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan
penggunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.
(h) Membuat sinopsis
Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam
bentuk
sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara
bahan bacaan yang
sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen
dan puisi.
dipetik dari http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
dipetik dari http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
No comments:
Post a Comment