PROGRAM TERKINI!

Saturday, May 25, 2013

Program Belajar Secara Berkesan sempena Cuti Sekolah



Alhamdulillah berakhir program sehari smart learning hari ini di Al Ihsan Motivation Centre sempena musim cuti sekolah.

Antara yang dipelajari adalah kaedah membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mengambil nota, teknik mengulangkaji, teknik mengurus masa, teknik mind mapping, teknik mengingat serta motivasi belajar.

  

Thursday, May 23, 2013

Bagaimana Menjadi Ibu Bapa dan Pelajar Cemerlang



BERDOALAH untuk melahirkan pelajar cemerlang berdasarkan beberapa konsep asas yang telah dicatatkan melalui bab terdahulu. Amalan ini – sebenarnya – membawa manusia kembali kepada fitrah asal iaitu kebergantungan kepada Allah SWT. Dialah yang Maha Berkuasa di atas segalanya.

Perasaan kasih-sayang ibu bapa dan keinginan mahu anak-anak berjaya dengan cemerlang boleh membawa mereka lebih hampir kepadaNya. Permohonan atau doa ibu bapa kepada Allah SWT agar anak-anak menjadi pelajar cemerlang mencakupi soal akademik dan bukan akademik. Malah ia perlu diteraskan kepada dua asas penting bagi mereka yang percayakan Allah SWT iaitu, rukun Islam dan Iman.

Itulah – berdoa – merupakan salah satu peranan utama ibu bapa yang sering diabaikan. Bukankah Baginda SAW pernah menyatakan,

Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.

(Hadis ini direkodkan oleh Iman Tarmidzi, Ahmad dan Abu Daud)

Bayangkanlah jika hampir setiap hari – mungkin lima kali sehari – kita memohon kepadaNya,

Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa anak-anak kami. Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami sebagai anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang tahu menghormati kedua orang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru, kaum keluarga dan muslimin dan muslimat.

Ya Allah, jadikan anak perempuan kami sebagai anak yang mahu menutup aurat dengan sempurna, anak lelaki kami mahu solat berjemaah di masjid, tidak menduakan Mu, mahu melakukan amal ibadat wajib dan sunat dan sentiasa meninggalkan apa yang dilarang.

Ya Allah ya Tuhan kami, pancarkan kasih sayangMu, terangkanlah hatinya, kuatkanlah daya ingatannya, mudahkan pemahamannya dan lembutkanlah tutur katanya dan berikanlah kejayaan cemerlang di sisi Mu dalam proses mereka mencari ilmu. Berikanlah ilmu bermanfaat kepada mereka. Ya Allah, anugerahkanlah kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah kumpulkan kami semua di syurga Mu ya Allah.   

Allah Maha Mendengar. Bayangkanlah bagaimana jika ibu bapa sedang bermusafir dan berjauhan dengan kaum keluarga lalu mendoakan kejayaan anak-anak. Ia ingatan yang bermanfaat. Berdoa perlu dijadikan amalan harian kedua-dua ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anak. Ia boleh dilakukan hatta ketika bermusafir. Doa-doa ini tentu sekali tidak memerlukan modal wang ringgit tetapi lebih kepada rasa cinta, kasih sayang bersandarkan kepada kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.

Dalam hadis yang lain, Baginda SAW menyatakan bahawa doa orang yang berpuasa mustajab di sisi Allah SWT. Puasa merupakan amalan yang sangat istimewa. Ia amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan anugerahkan. Para malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi berbunyi, “puasa adalah milik Ku dan Akulah yang akan membalasnya”. Maka ia sangat sesuai dengan apa yang telah disebut oleh Baginda SAW yang bermaksud,

Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT. iaitu doa orang yang berpuasa sampai berbuka, doa seorang pemimpin yang adil dan doa orang yang dianiaya.

(Hadis ini direkod oleh Termidzi)

Kami sering membayangkan bagaimana ibu bapa berpuasa Nabi Daud (nota: puasa selang sehari) yang mendoakan kejayaan cemerlang anak-anak mereka. Benar, ia bukan soal kejayaan akademik semata-mata. Allah ya Allah, wujudkah ibu bapa yang sebegini rupa? Ia sangat adil untuk mereka mengharapakan kejayaan cemerlang dengan mereka sendiri melakukan amalan terpuji di sisiNya.

Malah bayangkan pula bagaimana jika ibu bapa bangun setiap hari pada 1/3 malam tersisa beramal ibadat kepadaNya sambil mendoakan kejayaan anak-anak. Bukankah Allah secara jelas sudah menjanjikan sesuatu yang luar biasa berkaitan doa pada waktu ini?

Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya?

(Hadis ini direkodkan oleh Iman Bukhari dan Muslim)

Ia sungguh menarik memperkatakan peranan dan amalan doa yang boleh dimanfaatkan dalam membentuk pelajar cemerlang. Sungguh, ia berangkai-rangkai di antara satu ibadat dengan ibadat yang lain. Akhirnya, pelajar cemerlang – sememangnya – dilahirkan oleh ibu bapa yang cemerlang. Malah Allah SWT menyatakan secara tegas melalui al-Quran yang bermaksud,

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang  Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Petikan surah al-Baqarah ayat 186).

Allah SWT tersangat dekat dengan hambaNya. Cuma Dia mahu hambanya mematuhi setiap suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. In sya Allah, doa-doa yang dipohon oleh ibu bapa agar anak-anak cemerlang dimakbulNya. Moga Allah memberi kita ilham untuk mendidik anak-anak agar seimbang kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Kami fikir, tidak perlulah mengupah orang untuk berdoa atau mengharapkan air tawar tanpa kita sendiri memohon kepadaNya.
 Masya Allah, Subhanallah, Allahu Akbar.

MUTIARA KATA

Doa mustajab tidak kerana lokasi. Berdoalah di mana sahaja – In sya Allah – Dia Maha Mendengar. Allah tidak memerlukan parameter atau pengantara untuk menerima dan memakbulkan doa. Yakinlah ... Allah itu sangat hampir sehingga hampir itu tidak menunjukkan jarak.
(MKI)

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
(Tidak diKetahui)

Wednesday, May 22, 2013

Kepentingan peta minda



(a) Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam
bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh
digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah,
syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
(b) Ingat Kembali
Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan
idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda
berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya,
peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan
membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda
harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta
minda yang baru
(d) Penyelesaian Masalah
Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam
bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk
mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia
juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di
samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
(e) Perancangan
Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta
minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari
surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda
juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian,
pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan
persembahan.
(f) Pembentangan
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin
membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta
minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas
kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.
(h) Membuat sinopsis
Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk
sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang
sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

dipetik dari http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

Program Smart Learning di SAMTK


Program Smart Learning telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang. Seramai 172 orang pelajar yang bakal menduduki PMR terlibat dalam program ini. Antara skill atau kemahiran yang dipelajari adalah teknik membaca, teknik mengambil nota, tips megurus masa belajar, teknik mengulangkaji, teknik membuat peta minda dan juga teknik mengingat.

Selain mempelajari teknik-teknik belajar berkesan atau smart learning, para pelajar juga disuntik motivasi belajar berkonsepkan MOTIVASI 3i. Terimakasih kepada seluruh warga sekolah dan juga para jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selamat Maju Jaya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan 2013.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar untuk mencungkil bakat dan idea



13 ciri pelajar cemerlang



1.    MATLAMAT ATAU TARGET
2.    KEPERCAYAAN PADA DIRI
3.    FOKUS BELAJAR
4.    PERANCANGAN
5.    STRATEGI BELAJAR
6.    PENGURUSAN MASA
7.    RAKAN BELAJAR
8.    CARA PERGAULAN
9.    MENJAGA IMEJ DIRI
10.  PERHUBUNGAN
11.  SIKAP DAN TINGKAHLAKU TERPUJI
12.  KEKUATAN JATI DIRI
13.  SANGGUP BERKORBAN

Saturday, May 18, 2013

Program Bijak Sifir cara mudah dan berkesan


Program bijak sifir membantu pelajar untuk memahami konsep darab dengan mudah.
Ia tidak perlu dihafal hingga pelajar yang bermasalah mengingat akan mengalami masalah bilam membuat penyelesaian matematik.

Kami mempunyai trainer ysng berpengalaman dalam mengendalikan program bijak sifir. Bagi ibu bapa, guru-guru yang berminat untuk mengikuti proghram bijak sifir baik secara berkumpulan atau individu boleh hubungi kamu untuk maklumat lanjut.

Monday, May 13, 2013

CARA MUDAH MENGINGAT PELAJARAN


·         Mnemonik
·         Teknik visulaisasi
·         Menggunakan Emosi
·         Ikatkan daya imaginasi
·         Mengulang isi penting
·         Mempraktikkan dalam aktiviti seharian
·         Mula untuk belajar awal.
·         Mengulangkaji sedikit-sedikit.
·         Memahami subjek dan bukan hanya sekadar hafal.
·         Belajar menggunakan seluruh pancaindera.
·         Mengulangkaji pelajaran dengan relax dan bukan dalam kepenatan.
·         Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.
dan lain-lain.....


* Untuk memahami teknik ini dengan lebih jelas, daftarkan diri anda pada program smart learning anjuran Al Ihsan Training and Motivation. Hubungi kami di 0360386848

Teknik belajar menggunakan peta minda




















*untuk mengetahui dengan lebih lanjut tempatkan diri anda pada program smart learning anjuran Al-Ihsan Training and Motivation.
Hubungi 0360386848 untuk keterangan lanjut.

Friday, May 10, 2013

BIjak Sifir


  PROGRAM BIJAK SIFIR kembali lagi...
bagi yang berminat boleh hubungi kami!


PROGRAM
TARIKH
MASA

MODUL 1
Ahad (19.5. 2013)
8.30pg -12.30ptg




MODUL 11
Khamis (6.6.2013)
8.30pg -12.30ptg

Program diadakan di Al Ihsan Training & Motivation Centre, No 21 Jalan Bidara 10, Saujana Utama, 47000.Sg Buloh,Selangor.Bagi yang berminat boleh hubungi kami no tel pejabat : 03603868848/0193353648

Program Smart Learning

Al Ihsan Training and Motivation ada menawarkan program smart learning sempena cuti sekolah.


Modul-modul yang akan dikongsi adalah seperti berikut;
·         Kaedah Belajar Berkesan
·         Teknik Mengurus Masa
·         Teknik Mind-Mapping
·         Teknik Mengingat Mata Pelajaran
·         Teknik Belajar Dalam Kumpulan
·         Formula 3i Pelajar Cemerlang

Bagi yang berminat boleh hubungi kami no tel pejabat : 03603868848/0193353648




Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.