Tuesday, December 29, 2015
Sunday, December 27, 2015
Persiapan Persekolahan 2016
Azam Persekolahan 2016
Penggal persekolahan 2016 akan bermula tinggal beberapa hari lagi. Ibu bapa dan anak-anak pastinya akan sibuk menyediakan keperluan sekolaj seperti beg baru, uniform dan alatulis. Selain itu yuran dan segala pengurusan berkait persekolahan juga perlu difikirkan.
Bagi pelajar yang teruja untuk naik ke tingkatan atau kelas baru, pastinya juga sibuk mahu membeli buku rujukan. Mereka sudah mula memikirkan mata pelajaran yang bakal difokuskan. Namun ada juga pelajar yang masih tiada kesedaran akan sibuk dengan mahu tukar handphone baru, baju fesyen terkini, motorsikal baru pelbagai lagi.
Saat ini ibu bapa perlu banyak mengembil berat soal anak-anak. Ketegasan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak tahu dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. Mereka perlu bijak memahamkan anak-anak dalam membuat pertimbangan. Mengikut kemahuan anak-anak bagi perkara yang tidak perlu adalah satu perkara yan tidak wajar untuk ditunaikan.
Di tahun yang baru anak-anak perlu dinampakkan perkara yang lebih utama seperti;

- SIKAP
- NILAI
- KOMITMEN
- HALATUJU
- MATLAMAT PEPERIKSAAN
- AKHLAK
- IBADAH
Tahun 2016 pastinya menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang jika persiapan awal dan halatuju sebenar dapat dikenalpasti dan dirancang lebih awal.
Saturday, November 28, 2015
Smart Learning; Fokus sewaktu belajar
Bismillah,
Ramai pelajar mengeluh kerana susah mengingati mata pelajaran. Ada juga yang mengadu boring mengulangkaji pelajaran bila susah mengingat fakta, atau terpaksa membaca berulangkali.
Cara mengingati pelajaran tidak sukar sebenarnya. Perkara utama adalah FAHAM konsep terlebhi dahulu. Dengan kata lain apa yang kita pelajari itu perlu kita fahami, bila sudah faham barulah mudah mahu membuat ulangkaji atau mengigat fakta.
Bagaimana mahu faham? Bagi memahami mata pelajaran pelajar perlu fokus bila guru mengajar. Fokus dalam erti kata memberi tumpuan sepenuh hati, menggunakan seluruh pancaindera bagi memberi konsentrasi kepada apa tajuk yang diajar.
Sewaktu guru mengajar elakkan dari fikiran menerawang, khayal malah perlu mencatat apa isi penting yang diberi, melihat pada papan putih dan memastikan mendengar dengan teliti.
Selain itu elakkan dari bermain-main semasa belajar, bercakap dengan kawan, sibuk dengan telefon dan sebagainya.
Jika pelajar boleh fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran maka bagi membaca dan mengingat akan menjadi lebih mudah.
Moga berjaya!
Sunday, November 15, 2015
Smart Learning : Belajar dari Pemerhatian
Bismillah,
Salah satu cara belajar adalah melalui pemerhatian. Ia disebut juga sebagai observation.
Pemerhatian merupakan cara belajar yang sangat efektif. Seorang kanak-kanak lebih banyak belajar melalui pemerhatian dibandingkan dengan pendengaran.
Maka, apabila belajar, pastikan guna pancaindera mata untuk melihat. Secara tidak langsung ia membantu untuk cepat faham dan mudah mengingati mata pelajaran.
Thursday, November 5, 2015
Tip belajar : Study hard study smart
Bismillah,
Bagaimanakah cara belajar yang berkesan?
Apakah cara belajar yang paling baik?
Apakah tip membantu ke arah pencapaian cemerlang dalam pelajaran?
Ada banyak persoalan tentang teknik belajar, pasti cara belajar amat bergantung kepada individu. Namun begitu apa jua cara ia juga menjadi penentu kepada keputusan peperiksaan. Oleh itu pelajar perlu memastikan mereka study atau belajar dengan cara yang betul dan efektif.
Ada individu yang rasa belajar cukup banyak, namun keputusan tidak memuaskan dengan masa yang dilaburkan. Ada juga yang sudah ikuti pelbagai kelas tambahan namun hasil tetap sama. Di mana silapnya?
Persediaan peperiksaan perlu bermula awal. Bagi mengetahui teknik belajar berkesan kami menyediakan pelbagai tip untuk anda.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Monday, October 26, 2015
Keseimbangan Kehidupan
Bismillah,
Ramai inidividu membawa banyak peranan dalam satu masa. Mempunyai kerjaya dan berkeluarga pasti menuntut individu membahagikan masa dengan baik. Apalagi pada yang bukan semata bekerja dan bekeluarga, namun membuat keputusan untuk menyambung pelajaran demi menjamin kerjaya yang lebih baik serta menambah ilmu dan pengalaman.
Sebagai ibubapa, pekerja, pelajar, anak, ahli masyarakat dan lain-lain lagi peranan tambahan yang disandang individu. Ramai yang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan memainkan peranan tersebut sewajarnya. Ini memberi kesan baik kepada individu dan orang-orang sekeliling mereka.
Bagi mengelakkan kesan negatif seperti tidak fokus di tempat kerja, penat dan mudah naik marah, kurang masa melayan keluarga, burnout, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.
Bagi memastikan setiap peranan yang digalas dapat dilaksanakan dengan baik maka inidividu perlu menyedari dengan membuat senarai apakah tanggungjawab setiap peranan tersebut?
Contoh sebagai ibu bekerja, apa tugas yang perlu dilaksanakan? Mungkin ada yang meletakkan tugas seperti memasak, mengemas rumah, memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai dan lain-lain. Sebagai pekerja, adakah kita pekerja yang komited dengan tugasan, ada tugas yang perlu siap segera? Sebagai pelajar pula adakah kita dapat memastikan tugas-tugas sebagai pelajar dilunaskan? Ada assingment yang perlu disiapkan, nota yang perlu dibaca?
Maka bagaimana memastikan semua ini dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sudah pasti ia berkait dengan bagaimana individu mengagihkan masa dan pendekatan yang diambil bagi melaksanakan segala peranan tersebut.
Bagaimana mengurus masa?
Bagaimana menjadi ibubapa cemerlang?
Bagaimana menjadi pelajar contoh?
Bagaimana menjadi ahli masyarakat yang prihatin?
Jawapannya perlukan keseimbangan dalam hidup.

Monday, October 5, 2015
Tip menghadapi peperiksaan
Peperiksaan hampir menjelma bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2015.
Teruja, gemuruh, belum bersedia, panik, takut, bimbang, suspen dan pelbagai lagi perasaan yang hadir.
Masa yang ada adalah sangat berharga. Perasaan negatif tidak perlu dilayan. Apa yang penting bagaimana menggunakan masa yang ada ini untuk memastikan persediaan peperiksaan yang tidak lama lagi.
Tip menghadapi peperiksaan:
- Tingkatkan ibadat demi menambahkan keberkatan dalam menuntut ilmu serta keyakinan diri. Contohnya, amalan puasa sunat membantu meningkatkan ingatan.
- Peruntukkan masa sewajarnya untuk persediaan akhir peperiksaan. Elakkan membuang masa pada perkara tidak berfaedah.
- Berikan lebih konsentrasi kepada subjek yang lemah. Cuba perbanyakkan menjawab soalan-soalan tahun lepas. Berjumpa guru lebih kerap untuk merujuk jawapan anda.
- Pastikan nota-nota ringkas tersedia untuk setiap mata pelajaran. Terutama terminologi atau formula yang perlu dihafal.
- Baca semula contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh guru. Amalkan teknik membaca yang dipelajari serta banyakkan membuat Akronim.
- Adakan study group bersama rakan-rakan untuk berbincang atau mengulangkaji.
- Buat peta minda atau nota kecil agar mudah dibawa ke mana sahaja untuk memudah
- Banyakkan minum air dan mengambil makanan berkhasiat.
- Elakkan tidur yang banyak dan jangan tidur pada waktu pagi
- Berfikir positif. Usaha dan bertawakal kepada Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.