PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label tip kejayaan. Show all posts
Showing posts with label tip kejayaan. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Kejujuran adalah Kejayaan

Nilai kepercayaan
~~~~~~~~~~~~
Kepercayaan nilainya amat mahal. Ia lambang integriti seorang individu. Bila diberi kepercayaan, peganglah amanah itu. 
Ramai yang mengambil mudah nilai kepercayaan. Hakikatnya ia umpama bayang-bayang. Bila seseorang mengkhianati kepercayaan yang diberi maka leburkah maruahnya. 
Bila kita khianat dan tidak amanah sampai bila-bila individu lain akan melabelkan kita orang yang tidak amanah. Segala urusan hari mendatang akan menjadi payah.
Oleh itu, bila diberi kepercayaan. Jagalah!

Tip Kejayaan

Tip belajar dari orang berjaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap insan ada kelebihan yang Allah kurniakan. Orang yang hebat atau berjaya bukan kerana kehebatan atau kejayaan, tetapi kualiti yang membawa pada kehebatan dan kejayaan tersebut.
Apabila kita mahu berjaya dan belajar dari kejayaan orang lain, kita bukan melihat kekurangan atau mencari kekurangan dan kelemahan yang ada. 
Caranya adalah melihat ciri-ciri yang baik serta berfaedah untuk kita teladani dan contohi apa yang ada pada mereka.
Nota:
Jika hidup asyik mencari salah dan melihat orang lain dengan sebelah mata, sampai bila-bila kita akan jadi bodoh sombong dan tidak mempelajari apa-apa.

Monday, April 18, 2016

Keazaman yang kuat tangga kejayaan



"Keazaman yang kuat"
Itulah jawapan ringkas dan padat dari adik Iffad Syahmi (pelajar Ting 3) apabila ditanya, bagaimana beliau mampu menghafaz 30 juzuk Al Quran.
Benarlah! Azam yang kuat atau tekad akan mengerakkan seluruh pancaindera dan memotivasikan dalaman diri untuk merealisasikan apa yang diimpikan.
Boleh dikatakan kita semua berazam
dalam banyakkan perkara. Namun yang mengagalkan biasanya kerana kurangnya disiplin diri.
Menyebut dimulut, menyatakan secara lisan belum cukup menjadikan ia satu tindakan, jika minda tidak terarah MAHU serta hati juga menjentik perkata yang sama.
Bagi tercapai azam juga perlukan pengorbanan. Melihat orang berjaya, kita tidak tahu berapa banyak masa, tenaga, emosi, harta benda yang telah dikorbankan bagi meraih kejayaan.
Saat berazam mahukan sesuatu pastinya kita juga perlu merangka strategi. 
Azam yang tersemat juga ada peta yang telah dilakar untuk sampai ke destinasi. Pastinya kita mungkin telah sampai ke beberapa 'check point'. 
Adakah untuk sampai ke CP yang seterusnya, diri masih mampu bertahan untuk meneruskan. Ramai yang hanya sekerat jalan kerana tiada ISTIQAMAH.
Bagi berjaya, banyak kualiti yang perlu ada. 
Insan yang berjaya bukan kerana kejayaan. Tetapi KUALITI yang membawa kepada KEJAYAAN.

Tuesday, March 22, 2016

Konsep kendiri

Siapa Aku?
=======
Seorang pengemis duduk di pintu sebuah hypermarket. Di sisinya ada satu mangkuk yang berisi beberapa keping duit syiling. Disebelah mangkuk itu pula ada sebekas tisu. 
Ada beberapa orang yang lalu-lalang akan memandangnya dengan pergi begitu sahaja, dan ada juga yang meletakkan beberapa duit syiling.
Tiba-tiba lalu seorang usahawan muda melintas dan meletakkan sehelai note RM1. Dia berlalu pergi memasuki pasaraya. 
Selesai urusan pemuda tersebut kembali semula di tempat yang sama. Dia terus mencapai bekas tisu berhampiran pengemis tadi sambil berkata: " Nilai harganya berpatutan. Sememangnya kamu seorang peniaga, begitu juga saya". Sambil berlalu pergi.
Enam bulan kemudian, di satu majlis jamuan. Pengemis hadir dengan berpakaian sut dan tali leher. Beliau mendekati usahawan muda yang tidak dapat mengenalinya sambil memperkenalkan diri.
"Bagaimana kamu boleh berada di sini dengan penampilan yang berbeza sekali". Tanya beliau.
"Barangkali Tuan tidak mengenali saya, enam bulan yang lalu saya adalah seorang pengemis. Kata-kata tuan sebelum ini menginsafkan diri dan mengembalikan maruah saya".
~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang mengubah pendirian diri amat berkait dengan harga diri.
Apa yang difikirkan, dirasa dan gambarkan tentang diri kita akan membina konsep kendiri kita. Pendapat kita tentang diri kita akan mempengaruhi segala aspek kehidupan.
Tanpa sedar juga kita cenderung memberikan penilaian pada diri kita terhadap orang lain.
Oleh itu, gambaran bagaimanakah yang mahu kita berikan kepada diri kita. Siapakah yang kita mahu jadi? Ia bakal menjadi penentu pada kejayaan diri kita.

Kerjaya penulis


Cita-cita -1
~~~~~~~~
Memilih kerjaya sebagai penulis tidak susah, syarat utama mestilah suka membaca. Hobi membaca buku perlu nombor wahid. 
Selain itu perlu banyak memerhati, kerana darinya akan terbit empati dan simpati yang bakal membuahkan ilham.
Selebihnya disiplinkan diri untuk menulis. Ilham dan ilmu itu dari Allah. Mintalah kepadaNya. Apa jua yang kita ingin jadi dalam kehidupan ini adalah kehendak Allah jua.

Nota : Sepetang bersama warga pelajar di SMK Puteri Jaya. Berkongsi teknik belajar dan bagaimana mencipta kejayaan serta melakar kerjaya.

Tuesday, December 29, 2015

Tip kejayaan


Mahu berjaya?

Mulakan azam hari ini, jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu yang ada dalam fikiran anda!
Orang yang gagal adalah orang yang hanya berfikir mahu melakukan, berkata-kata mahu berjaya tanpa bertindak dan mengusahakan!

Kata pepatah " Usaha tangga kejayaan"

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.