PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Apa Ada Pada Penulisan & Pembacaan

Apa Ada Pada Penulisan & Pembacaan
==================
Setiap sesuatu yang kita lakukan pasti ada tujuan tertentu yang kita mahu. Dalam konteks penulisan sesuatu buku yang dikarang pasti ada objektifnya. 
Apakah objektif dari penulisan sesuatu buku?
+ Menyebarkan ilmu
+ Berkongsi idea
+ Memberi branding pada nama
+ Menjana pasif income
dan lain-lain
Manakala sebagai pembaca pula motif membaca buku pastinya ada beberapa seperti;
+ mencari maklumat
+ alat hiburan
+ hobi dan lain-lain.
Bagaimana membezakan antara membaca bagi memperolehi maklumat atau sekadar hiburan.
Semua ini kita akan dapat jawapannya berpandukan kepada soalan dibawah:
1. Apakah judul/tema buku yang disukai?
2. Syarikat manakah yang menerbitkan buku itu?
3. Bila buku itu diterbitkan?
4. Di mana buku itu diterbitkan?
5. Apa yang mesej diperoleh dari buku tersebut?
6. Apa yang menghiburkan kita dalam buku itu?
7. Adakah buku itu berguna atau tidak maklumat itu?
8. Adalah jalan cerita atau kandungan buku itu? menarik?
9. Adakah kita akan menyarankan atau memberi tahu kawan agar supaya membaca buku itu?
Nota : Menulis untuk ilmu pastinya sukar berbanding sekadar memberi hiburan. Ia perlukan fakta yang tepat dan pembacaan yang berganda, supaya penulis dapat memantapkan ilmu sendiri disamping membuat rujukan.

Mempertingkatkan Kepintaran Diri

Mempertingkatkan Kepintaran Diri
----------------------------------
Brian Tracy dalam bukunya " Create Your Own Future" menyarankan:
"Salah satu cara mempertingkatkan kepintaran diri dan keberkesanan pemikiran adalah dengan menambahkan PERBENDAHARAAN KATA kita".
Nota :
Individu yang berilmu pengetahuan dari segi perbendaharaan kata dapat mengoptimumkan potensi dan kreativiti mereka. Selain itu keupyaan berfikir mereka juga lebih tinggi.

Wednesday, March 23, 2016

Inspirasi Kerjaya

Ibu bapa inspirasi kerjaya anak-anak,

Ibu bapa yang memiliki kerjaya yang tertentu merupakan inspirasi secara tidak langsung kepada kanak-kanak apabila mereka melihat kerjaya ibubapa mereka. Ada dua hal, ada yang negatif ada yang positif. 

Contohnya kata Adila yang berusia enam tahun” Dilla besar nanti Dilla nak jadi macam ibu, ibu Dilla cantik bergaya, hari-hari ibu pakai cantik-cantik”. Bila ditanya apa kerja ibunya, jawab Dilla ” Ibu Dilla jadi model, itu sebab Dilla nak jadi macam ibu”. 

Lain pula dengan Ismah, kata Ismah ” saya tak suka ibu kerja jadi jururawat sebab kadang-kadang ibu tak balik rumah waktu malam, Ismah nak jadi cikgu bila besar nanti,  Ismah suka jadi cikgu sebab Ismah nak jadi macam Cikgu Yati, Cikgu Yati baik, suka buat kelakar dalam kelas” . Itu keletah kanak-kanak yang membayangkan inspirasi kerjaya mereka bersandarkan orang-orang sekeliling mereka terutama ibu bapa. 

Tuesday, March 22, 2016

Kerjaya penulis


Cita-cita -1
~~~~~~~~
Memilih kerjaya sebagai penulis tidak susah, syarat utama mestilah suka membaca. Hobi membaca buku perlu nombor wahid. 
Selain itu perlu banyak memerhati, kerana darinya akan terbit empati dan simpati yang bakal membuahkan ilham.
Selebihnya disiplinkan diri untuk menulis. Ilham dan ilmu itu dari Allah. Mintalah kepadaNya. Apa jua yang kita ingin jadi dalam kehidupan ini adalah kehendak Allah jua.

Nota : Sepetang bersama warga pelajar di SMK Puteri Jaya. Berkongsi teknik belajar dan bagaimana mencipta kejayaan serta melakar kerjaya.

Sunday, March 13, 2016

Teknik Membuat Peta Minda



Bismillah,

Teknik Membuat Peta Minda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah satu kaedah efektif belajar adalah menggunakan teknik mind mapping atau peta minda.
Penggunaan peta minda banyak keistimewaannya. Antaranya adalah:
+ membantu mengoptimumkan potensi dan kapasiti otak kiri dan otak kanan.
+ mengukuh kefahaman
+ menarik perhatian mata dan otak bagi memberi konsentrasi
+ Unik dan mudah diingat
+ mendapat informasi secara terperinci dan menyeluruh
+ hubungkait yang jelas antara maklumat

==================
**Berminat untuk menyertai program Smart Learning anjuran Al Ihsan boleh hubungi 0360386848 atau sms 01132320072 



Hari ini berlangsung program Smart Learning di Yayasan Selangor bersama pelajar PT3.



Tuesday, December 29, 2015

Tip kejayaan


Mahu berjaya?

Mulakan azam hari ini, jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu yang ada dalam fikiran anda!
Orang yang gagal adalah orang yang hanya berfikir mahu melakukan, berkata-kata mahu berjaya tanpa bertindak dan mengusahakan!

Kata pepatah " Usaha tangga kejayaan"

Sunday, December 27, 2015

Persiapan Persekolahan 2016

Azam Persekolahan  2016

Penggal persekolahan 2016 akan bermula tinggal beberapa hari lagi. Ibu bapa dan anak-anak pastinya akan sibuk menyediakan keperluan sekolaj seperti beg baru, uniform dan alatulis. Selain itu yuran dan segala pengurusan berkait persekolahan juga perlu difikirkan.

Bagi pelajar yang teruja untuk naik ke tingkatan atau kelas baru, pastinya juga sibuk mahu membeli buku rujukan. Mereka sudah mula memikirkan mata pelajaran yang bakal difokuskan. Namun ada juga pelajar yang masih tiada kesedaran akan sibuk dengan mahu tukar handphone baru, baju fesyen terkini, motorsikal baru pelbagai lagi.

Saat ini ibu bapa perlu banyak mengembil berat soal anak-anak. Ketegasan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak tahu dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. Mereka perlu bijak memahamkan anak-anak dalam membuat pertimbangan. Mengikut kemahuan anak-anak bagi perkara yang tidak perlu adalah satu perkara yan tidak wajar untuk ditunaikan.


Di tahun yang baru anak-anak perlu dinampakkan perkara yang lebih utama seperti;

  1. SIKAP 
  2. NILAI 
  3. KOMITMEN 
  4. HALATUJU 
  5. MATLAMAT PEPERIKSAAN 
  6. AKHLAK 
  7. IBADAH 

Tahun 2016 pastinya menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang jika persiapan awal dan halatuju sebenar dapat dikenalpasti dan dirancang lebih awal.



Sunday, October 20, 2013

Kem cuti sekolah : Motivasi Kerjaya Remaja


Program Motivasi Kerjaya Remaja akan diadakan pada 30/11-1/12. 2013 bertempat di Baheera Camp Ulu Langat. Antara isu yang bakal dikongsi bersama pelajar adalah: 

  • Apakah jenis-jenis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar di sekolah?
  • Adakah gaya belajar membantu pelajar mencapai impian kerjaya mereka?
  • Apakah akademik menyumbang kepada kerjaya yang hebat?
  • Apakah ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar?
  • Apakah jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar?
  • Apakah ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya? 
Berminat untuk hadir dan menempatkan diri anda boleh hubungi hot line: 0193353648

Memilih Minat Kerjaya


Sewaktu menyampaikan ceramah untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM ternyata ramai lagi yang belum faham jurusan yang mereka pilih dan kerjaya yang bakal mereka ceburi selepas itu.

Amat malang kerana mereka sudah berada di ambang SPM. Walaubagaimana pun belum terlambat untuk menentukan hala tuju kerjaya anda. Dapatkan info dan maklumat lanjut.

Kem Memibna Potensi dan Kerjaya akan  diadakan di Bahera Camp Ulu Langat pada 20/11- 1.12.2013.
Tempatkan diri anda untuk mengetahui potensi diri dan mengilapnya bagi berjaya dalam mengejar impian.

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.