PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label Teknik Belajar. Show all posts
Showing posts with label Teknik Belajar. Show all posts

Saturday, November 28, 2015

Smart Learning; Fokus sewaktu belajar


Bismillah,

Ramai pelajar mengeluh kerana susah mengingati mata pelajaran. Ada juga yang mengadu boring mengulangkaji pelajaran bila susah  mengingat fakta, atau terpaksa membaca berulangkali.

Cara mengingati pelajaran tidak sukar sebenarnya. Perkara utama adalah FAHAM konsep terlebhi dahulu. Dengan kata lain apa yang kita pelajari itu perlu kita fahami, bila sudah faham barulah mudah mahu membuat ulangkaji atau mengigat fakta.

Bagaimana mahu faham? Bagi memahami mata pelajaran pelajar perlu fokus bila guru mengajar. Fokus dalam erti kata memberi tumpuan sepenuh hati, menggunakan seluruh pancaindera bagi memberi konsentrasi kepada apa tajuk yang diajar.

Sewaktu guru mengajar elakkan dari fikiran menerawang, khayal malah perlu mencatat apa isi penting yang diberi, melihat pada papan putih dan memastikan mendengar dengan teliti.

Selain itu elakkan dari bermain-main semasa belajar, bercakap dengan kawan, sibuk dengan telefon dan sebagainya.

Jika pelajar boleh fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran maka bagi membaca dan mengingat akan menjadi lebih mudah.

Moga berjaya!

Saturday, February 21, 2015

Tip Pengurusan Masa


¢Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?

¢Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

Tips Menguruskan Masa Belajar
¢Membuat jadual waktu harian dan mingguan pelajaran yang mahu diulangkaji.  
¢Mendahulukan yang utama
¢Adakan carta Sangat penting -Penting -Tidak penting
¢‘Tetapkan masa akhir’ untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.   
¢Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  

Sunday, February 15, 2015

Teknik Belajar Membuat Peta Minda

























ILMU BIARPUN SEDIKIT DISAMPAIKAN OLEH ORANG YANG AHLI AKAN LEBIH DIINGATI - USTAZ GHAZALI (DIKIR ZIKIR, TV HIJRAH)

* Foto program SMART LEARNING -TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA



Monday, February 9, 2015

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.   Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
      lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.   Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
      membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.   Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
  Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1  tahun.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH



KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Sunday, October 20, 2013

Kem cuti sekolah : Motivasi Kerjaya Remaja


Program Motivasi Kerjaya Remaja akan diadakan pada 30/11-1/12. 2013 bertempat di Baheera Camp Ulu Langat. Antara isu yang bakal dikongsi bersama pelajar adalah: 

  • Apakah jenis-jenis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar di sekolah?
  • Adakah gaya belajar membantu pelajar mencapai impian kerjaya mereka?
  • Apakah akademik menyumbang kepada kerjaya yang hebat?
  • Apakah ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar?
  • Apakah jenis-jenis kerjaya yang dipilih oleh pelajar?
  • Apakah ciri-ciri personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya? 
Berminat untuk hadir dan menempatkan diri anda boleh hubungi hot line: 0193353648

Wednesday, May 22, 2013

13 ciri pelajar cemerlang



1.    MATLAMAT ATAU TARGET
2.    KEPERCAYAAN PADA DIRI
3.    FOKUS BELAJAR
4.    PERANCANGAN
5.    STRATEGI BELAJAR
6.    PENGURUSAN MASA
7.    RAKAN BELAJAR
8.    CARA PERGAULAN
9.    MENJAGA IMEJ DIRI
10.  PERHUBUNGAN
11.  SIKAP DAN TINGKAHLAKU TERPUJI
12.  KEKUATAN JATI DIRI
13.  SANGGUP BERKORBAN

Saturday, May 18, 2013

Program Bijak Sifir cara mudah dan berkesan


Program bijak sifir membantu pelajar untuk memahami konsep darab dengan mudah.
Ia tidak perlu dihafal hingga pelajar yang bermasalah mengingat akan mengalami masalah bilam membuat penyelesaian matematik.

Kami mempunyai trainer ysng berpengalaman dalam mengendalikan program bijak sifir. Bagi ibu bapa, guru-guru yang berminat untuk mengikuti proghram bijak sifir baik secara berkumpulan atau individu boleh hubungi kamu untuk maklumat lanjut.

Monday, May 13, 2013

Teknik belajar menggunakan peta minda




















*untuk mengetahui dengan lebih lanjut tempatkan diri anda pada program smart learning anjuran Al-Ihsan Training and Motivation.
Hubungi 0360386848 untuk keterangan lanjut.

Friday, May 10, 2013

BIjak Sifir


  PROGRAM BIJAK SIFIR kembali lagi...
bagi yang berminat boleh hubungi kami!


PROGRAM
TARIKH
MASA

MODUL 1
Ahad (19.5. 2013)
8.30pg -12.30ptg




MODUL 11
Khamis (6.6.2013)
8.30pg -12.30ptg

Program diadakan di Al Ihsan Training & Motivation Centre, No 21 Jalan Bidara 10, Saujana Utama, 47000.Sg Buloh,Selangor.Bagi yang berminat boleh hubungi kami no tel pejabat : 03603868848/0193353648

Friday, April 5, 2013

Belajar Secara Bijak


Al Ihsan Training & Motivation Centre 
kini menawarkan tuisyen 
secara intensif kepada 
pelajar sekolah menengah dan rendah. 
Bagi yang berminat sila hubungi kami!!!

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.