PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label pengurusan masa. Show all posts
Showing posts with label pengurusan masa. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Tip menghadapi peperiksaan





Peperiksaan hampir menjelma bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2015.

Teruja, gemuruh, belum bersedia, panik, takut, bimbang, suspen dan pelbagai lagi perasaan yang hadir.

Masa yang ada adalah sangat berharga. Perasaan negatif tidak perlu dilayan. Apa yang penting bagaimana menggunakan masa yang ada ini untuk memastikan persediaan peperiksaan yang tidak lama lagi.



Tip menghadapi peperiksaan:

  1. Tingkatkan ibadat demi menambahkan keberkatan dalam menuntut ilmu serta keyakinan diri. Contohnya, amalan puasa sunat membantu meningkatkan ingatan.
  2. Peruntukkan masa sewajarnya untuk persediaan akhir peperiksaan. Elakkan membuang masa pada perkara tidak berfaedah.
  3. Berikan lebih konsentrasi kepada subjek yang lemah. Cuba perbanyakkan menjawab soalan-soalan tahun lepas. Berjumpa guru lebih kerap untuk merujuk jawapan anda.
  4. Pastikan nota-nota ringkas tersedia untuk setiap mata pelajaran. Terutama terminologi atau formula yang perlu dihafal.
  5. Baca semula contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh guru. Amalkan teknik membaca yang dipelajari serta banyakkan membuat Akronim.
  6. Adakan study group bersama rakan-rakan untuk berbincang atau mengulangkaji.
  7. Buat peta minda atau nota kecil agar mudah dibawa ke mana sahaja untuk memudah
  8. Banyakkan minum air dan mengambil makanan berkhasiat.
  9. Elakkan tidur yang banyak dan jangan tidur pada waktu pagi
  10. Berfikir positif. Usaha dan bertawakal kepada Allah. 


Saturday, February 21, 2015

Tip Pengurusan Masa


¢Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?

¢Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

Tips Menguruskan Masa Belajar
¢Membuat jadual waktu harian dan mingguan pelajaran yang mahu diulangkaji.  
¢Mendahulukan yang utama
¢Adakan carta Sangat penting -Penting -Tidak penting
¢Tetapkan masa akhir’ untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.   
¢Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.