PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label keseimbangan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label keseimbangan kehidupan. Show all posts

Monday, April 18, 2016

Keazaman yang kuat tangga kejayaan



"Keazaman yang kuat"
Itulah jawapan ringkas dan padat dari adik Iffad Syahmi (pelajar Ting 3) apabila ditanya, bagaimana beliau mampu menghafaz 30 juzuk Al Quran.
Benarlah! Azam yang kuat atau tekad akan mengerakkan seluruh pancaindera dan memotivasikan dalaman diri untuk merealisasikan apa yang diimpikan.
Boleh dikatakan kita semua berazam
dalam banyakkan perkara. Namun yang mengagalkan biasanya kerana kurangnya disiplin diri.
Menyebut dimulut, menyatakan secara lisan belum cukup menjadikan ia satu tindakan, jika minda tidak terarah MAHU serta hati juga menjentik perkata yang sama.
Bagi tercapai azam juga perlukan pengorbanan. Melihat orang berjaya, kita tidak tahu berapa banyak masa, tenaga, emosi, harta benda yang telah dikorbankan bagi meraih kejayaan.
Saat berazam mahukan sesuatu pastinya kita juga perlu merangka strategi. 
Azam yang tersemat juga ada peta yang telah dilakar untuk sampai ke destinasi. Pastinya kita mungkin telah sampai ke beberapa 'check point'. 
Adakah untuk sampai ke CP yang seterusnya, diri masih mampu bertahan untuk meneruskan. Ramai yang hanya sekerat jalan kerana tiada ISTIQAMAH.
Bagi berjaya, banyak kualiti yang perlu ada. 
Insan yang berjaya bukan kerana kejayaan. Tetapi KUALITI yang membawa kepada KEJAYAAN.

Tuesday, March 22, 2016

Konsep kendiri

Siapa Aku?
=======
Seorang pengemis duduk di pintu sebuah hypermarket. Di sisinya ada satu mangkuk yang berisi beberapa keping duit syiling. Disebelah mangkuk itu pula ada sebekas tisu. 
Ada beberapa orang yang lalu-lalang akan memandangnya dengan pergi begitu sahaja, dan ada juga yang meletakkan beberapa duit syiling.
Tiba-tiba lalu seorang usahawan muda melintas dan meletakkan sehelai note RM1. Dia berlalu pergi memasuki pasaraya. 
Selesai urusan pemuda tersebut kembali semula di tempat yang sama. Dia terus mencapai bekas tisu berhampiran pengemis tadi sambil berkata: " Nilai harganya berpatutan. Sememangnya kamu seorang peniaga, begitu juga saya". Sambil berlalu pergi.
Enam bulan kemudian, di satu majlis jamuan. Pengemis hadir dengan berpakaian sut dan tali leher. Beliau mendekati usahawan muda yang tidak dapat mengenalinya sambil memperkenalkan diri.
"Bagaimana kamu boleh berada di sini dengan penampilan yang berbeza sekali". Tanya beliau.
"Barangkali Tuan tidak mengenali saya, enam bulan yang lalu saya adalah seorang pengemis. Kata-kata tuan sebelum ini menginsafkan diri dan mengembalikan maruah saya".
~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang mengubah pendirian diri amat berkait dengan harga diri.
Apa yang difikirkan, dirasa dan gambarkan tentang diri kita akan membina konsep kendiri kita. Pendapat kita tentang diri kita akan mempengaruhi segala aspek kehidupan.
Tanpa sedar juga kita cenderung memberikan penilaian pada diri kita terhadap orang lain.
Oleh itu, gambaran bagaimanakah yang mahu kita berikan kepada diri kita. Siapakah yang kita mahu jadi? Ia bakal menjadi penentu pada kejayaan diri kita.

Sunday, December 27, 2015

Persiapan Persekolahan 2016

Azam Persekolahan  2016

Penggal persekolahan 2016 akan bermula tinggal beberapa hari lagi. Ibu bapa dan anak-anak pastinya akan sibuk menyediakan keperluan sekolaj seperti beg baru, uniform dan alatulis. Selain itu yuran dan segala pengurusan berkait persekolahan juga perlu difikirkan.

Bagi pelajar yang teruja untuk naik ke tingkatan atau kelas baru, pastinya juga sibuk mahu membeli buku rujukan. Mereka sudah mula memikirkan mata pelajaran yang bakal difokuskan. Namun ada juga pelajar yang masih tiada kesedaran akan sibuk dengan mahu tukar handphone baru, baju fesyen terkini, motorsikal baru pelbagai lagi.

Saat ini ibu bapa perlu banyak mengembil berat soal anak-anak. Ketegasan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak tahu dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. Mereka perlu bijak memahamkan anak-anak dalam membuat pertimbangan. Mengikut kemahuan anak-anak bagi perkara yang tidak perlu adalah satu perkara yan tidak wajar untuk ditunaikan.


Di tahun yang baru anak-anak perlu dinampakkan perkara yang lebih utama seperti;

  1. SIKAP 
  2. NILAI 
  3. KOMITMEN 
  4. HALATUJU 
  5. MATLAMAT PEPERIKSAAN 
  6. AKHLAK 
  7. IBADAH 

Tahun 2016 pastinya menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang jika persiapan awal dan halatuju sebenar dapat dikenalpasti dan dirancang lebih awal.



Monday, October 26, 2015

Keseimbangan Kehidupan

Bismillah,

Ramai inidividu membawa banyak peranan dalam satu masa. Mempunyai kerjaya dan berkeluarga pasti menuntut individu membahagikan masa dengan baik. Apalagi pada yang bukan semata bekerja dan bekeluarga, namun membuat keputusan untuk menyambung pelajaran demi menjamin kerjaya yang lebih baik serta menambah ilmu dan pengalaman.

Sebagai ibubapa, pekerja, pelajar, anak, ahli masyarakat dan lain-lain lagi peranan tambahan yang disandang individu. Ramai yang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan memainkan peranan tersebut sewajarnya. Ini memberi kesan baik kepada individu dan orang-orang sekeliling mereka.

Bagi mengelakkan kesan negatif seperti tidak fokus di tempat kerja, penat dan mudah naik marah, kurang masa melayan keluarga, burnout, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.

Bagi memastikan setiap peranan yang digalas dapat dilaksanakan dengan baik maka inidividu perlu menyedari dengan membuat senarai apakah tanggungjawab setiap peranan tersebut?
Contoh sebagai ibu bekerja, apa tugas yang perlu dilaksanakan? Mungkin ada yang meletakkan tugas seperti memasak, mengemas rumah, memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai dan lain-lain. Sebagai pekerja, adakah kita pekerja yang komited dengan tugasan, ada tugas yang perlu siap segera? Sebagai pelajar pula adakah kita dapat memastikan tugas-tugas sebagai pelajar dilunaskan? Ada assingment yang perlu disiapkan, nota yang perlu dibaca?

Maka bagaimana memastikan semua ini dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sudah pasti ia berkait dengan bagaimana individu mengagihkan masa dan pendekatan yang diambil bagi melaksanakan segala peranan tersebut.

Bagaimana mengurus masa?
Bagaimana menjadi ibubapa cemerlang?
Bagaimana menjadi pelajar contoh?
Bagaimana menjadi ahli masyarakat yang prihatin?

Jawapannya perlukan keseimbangan dalam hidup.





Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.