PROGRAM TERKINI!

Monday, February 9, 2015

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.   Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
      lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.   Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
      membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.   Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
  Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1  tahun.

No comments:

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.