PROGRAM TERKINI!

Tuesday, February 24, 2015

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB UPSR , PT3 DAN SPM SESI 2015

Perhatian Kepada semua...

AL IHSAN TRAINING AND MOTIVATION menawarkan SEMINAR TEKNIK MENJAWAB UPSR, PT3 & SPM kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini.

Seminar ini bertujuan Supaya pelajar dapat SKOR A dalam setiap subjek yang ditawarkan antaranya ialah BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS , MATEMATIK & SAINS...

Jom sertai kami sekarang !

Hubungi kami :
Office/fax : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 @ 011 3232 0072

Anda juga boleh PM kami di Facebook Untuk mendaftar :
www.facebook.com/alihsantrainingmotivation


Monday, February 23, 2015

SMART LEARNING SESI 2015 (PROMO)

Sempena cuti Sekolah pada 18 mac 2015 ini AL IHSAN TRAINING AND MOTIVATION CENTRE telah mengadakan satu Program yang sesuai kepada pelajar yang ingin belajar secara betul dan sistematik.

Program yang dianjurkan adalah Program Smart Learning.Program Ini sangat bagus kepada semua pelajar terutama pelajar yang akan menduduki Peperiksaan UPSR , PT3 dan SPM..

Cara belajar yang berkesan akan membolehkan semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.Terdapat pelbagai tips yang akan diberikan kepada semua pelajar supaya memudahkan ketika sedang belajar dan wujudkan semangat SUKA BELAJAR.

Tarikh : 18 MAC 2015
Lokasi : NO 21-1 JALAN BIDARA 10, 47000 SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH

JOM daftar cepat !

Hubungi kami :
Office/fax : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 @ 011 3232 0072

Anda juga boleh PM kami di Facebook Untuk mendaftar :
www.facebook.com/alihsantrainingmotivation




Sunday, February 22, 2015

AKADEMI AL QURAN ABS AL IHSAN - PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program yang ditawarkan kepada semua yang ingin belajar Mengaji..
Tidak kira Tua dan muda..

" Sungguh AL QURAN ini memberi petunjuk ke JALAN yang Paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar "

Firman ALLAH :
" Dan orang - orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh kelak kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai " (Surah : An nisaa 57)

Jika berminat sila HUBUNGI KAMI dengan segera..

PM kami di Facebook : www.facebook.com/akademialihsan


PRA TAHFIZ PLAY SCHOOL

AKADEMI TAHFIZ
BASIQURAN

HOME QURAN

AKADEMI AL QURAN ABS AL IHSAN


Mahu pandai mengaji dan menjadi TAHFIZ ?
Mahu belajar cara mengenal Huruf , Makhruj dan Asas Fardhu ain ?

Akademi Al Quran ABS Al Ihsan telah menyediakan beberapa Program untuk belajar mengaji antaranya ialah :
1) Pra-tahfiz play school
2) Akademi Tahfiz
3) BasiQuran
4) HomeQuran

Pendaftaran telah dibuka
Jika berminat boleh Hubungi no yang tertera di bawah :

OFFICE/FAX : 03-6038 6848
H/PHONE : 011 3232 0031 / 011 3232 0072

Anda juga boleh PM kami di FB : www.facebook.com/akademialihsan


Saturday, February 21, 2015

Tip Pengurusan Masa


¢Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?

¢Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

Tips Menguruskan Masa Belajar
¢Membuat jadual waktu harian dan mingguan pelajaran yang mahu diulangkaji.  
¢Mendahulukan yang utama
¢Adakan carta Sangat penting -Penting -Tidak penting
¢Tetapkan masa akhir’ untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.   
¢Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  

Tuesday, February 17, 2015

Program Cuti Sekolah MAC 2015..



Terbuka kepada semua Pelajar 7- 17 tahun yang berada di sekitar Selangor..

Akademi Al Quran ABS Al Ihsan telah membawakan Program Cuti Sekolah mac 2015..

Marilah mendaftar kerana aktiviti ini pasti membuat semua anak-anak menjadi seorang yang Huffaz Cilik selain daripada mengisi masa lapang ketika cuti sekolah sedang berjalan..

PM @ HUBUNGI KAMI DI : 
Office : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 / 011 3232 0072


Program Cuti Sekolah Intensif 2015

Akademi Al-Quran ABS Al-Ihsan membawakan Program Cuti Sekolah Tahfiz Intensif 2015

Hubungi untuk pendaftaran
Office/Fax : 03 60386848
H/Phone : 011 3232 0031 / 011 3232 0072

Monday, February 16, 2015

Assalamualaikum..

Untuk makluman kepada semua IBUBAPA yang tercari-cari aktiviti yang sesuai kepada anak-anak pada cuti sekolah pada bulan Mac ini.Aktiviti yang melibatkan diri anak-anak supaya terus menjadi anak yang Huffaz cilik dan mempunyai aktiviti yang comprehensive untuk anak-anak tersayang..

Nantikan Program-Program yang akan dianjurkan pada bulan MAC 2015 ini.

Dengan kerjasama Al ihsan Training And Motivation Centre dan Akademi AL Quran ABS Al Ihsan..

Pelbagai program yang akan dijalankan,berserta modul yang sangat menarik minat anak-anak di luar sana.


Program Parenting Talk Series anjuran Al-Ihsan Training & Motivation

Assalamualaikum

Makluman program Parenting Talk Series anjuran Al-Ihsan Training & Motivation.

Pendaftaran dibuka

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Untuk yang berminat untuk mendaftar,

SMS @ HUBUNGI :
*PTS <Nama Anda>&(Nama Pasangan) ke 011-3232 0031 & 011-3232 0072

PM DI FACEBOOK : www.facebook.com/alihsantrainingmotivation


Bayaran boleh dibuat melalui :
BANK ISLAM : Alihsantrainingandmotivation
No : 12168010013035

TEMPAT TERHAD


Sunday, February 15, 2015

Teknik Belajar Membuat Peta Minda

























ILMU BIARPUN SEDIKIT DISAMPAIKAN OLEH ORANG YANG AHLI AKAN LEBIH DIINGATI - USTAZ GHAZALI (DIKIR ZIKIR, TV HIJRAH)

* Foto program SMART LEARNING -TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA



Monday, February 9, 2015

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.   Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
      lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.   Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
      membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.   Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
  Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1  tahun.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA

  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH



KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Customer Relationship


GET-KEEP-GROW
Menjaga hubungan dengan pelanggan amat penting dalam berbisnes. Ini kerana ahli bisnes bukan semata mendapatkan pelanggan yang baru namun perlu juga mengekalkan pelanggan sedia bagi membangunkan dan mengembangkan bisnes.
Ahli bisnes tidak perlu menjadi segelintir ahli politik yang turun padang saat meraih undi, bila menang segala janji tinggal janji. Berbisnes untuk jangka masa panjang perlu memastikan kepuasan pelanggan diambil kira. Jika tidak kita perlu bekerja keras sampai ke tua. Kata sifu bisnes "berniaga sampai bongkok"
Melakukan perkara yang sama akan memenatkan. Ia juga melambatkan perkembangan bisnes. Mendapatkan pelanggan tidak semudah mengekalkannya. Oleh itu ada beberapa cara yang perlu dipastikan iaitu:
+menjaga hak pelanggan
+memudahkan pelanggan
+menunaikan janji
+memberi maklumbalas
+membuat follow up

VALUE PROPOSITION

Menentukan Bisnes Model yang sesuai sangat penting bagi kelansungan bisnes.
Al Khawatir \ di TV Hijrah berkongsi kehebatan Korea yang jauh ke depan berbanding Negara Arab dalam menawarkan pelbagai cara menarik pelanggan membuat belian.
Salah satu tawaran nilai atau value proposition adalah memberi kemudahan kepada pelanggan memilih produk, masa yang flexible untuk penghantaran, tepat dan cekap. Memudahkan pelanggan, ini dikira sebagai VP yang sangat bagus.
Cara marketing juga tempat yang strategik iaitu di stesen keretapi dengan pengunaan smartfon untuk membuat order secara online.

Customer Segmen


Pusat Rawatan Islam di sebelah ofis Al Ihsan pesakitnya penuh hingga terpaksa meletakkan kerusi di luar sementara menunggu giliran.
Manakala klinik medical berhampiran agak sunyi dengan pelanggan. Ramai pesakit memilih rawatan alternatif untuk sakit-sakit kronik seperti rawatan kanser, kencing manis dan lain-lain.
Dengan kata lain pelanggan Pusat rawatan Islam ini bukan hanya yang ada masalah sakit spiritual bahkan masalaj sakit kronik juga datang merawat di pusat rawatan Islam.
Klinik medical kemungkinan boleh menambahkan tawaran nilai yang ada bagi memastikan dapat menambah customer.
*CS merupakan salah satu petak yang ada dalam BMC

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.