Untuk mendapatkan tempat di hati pelanggan yang dipanggil 'Positioning'. Ia adalah perkara dasar yang perlu dilakukan sebelum memulakan
branding, marketing dan sebagainya. Kata kuncinya adalah mendapatkan
tempat dalam minda pelanggan. Positioning boleh dilakukan untuk produk, perkhidmatan, syarikat atau
individu. Tanpa positioning, produk akan terawang-awang dalam pasaran
dan hanyut dalam arus iklan serta promosi. Masyarakat kini sudah diasak dengan iklan bersilih ganti dan setiap
ruang peribadi juga diceroboh oleh iklan. Malah, dalam bilik air pun ada
iklan! Jadi bagaimana hendak mengatasi arus iklan yang membanjiri
masyarakat? Positioning memberikan platform kepada usahawan untuk
mengatasi banjir ini.
No comments:
Post a Comment