PROGRAM TERKINI!

Sunday, February 21, 2016

Teknik Belajar Berkesan

Bismillah,

Dua hari berkampung di Kemaman dalam rangka siri Smart Learning di 3 buah sekolah iaitu SK Cukai, SMK Bukit Kuang dan SMK Sultan Ismail 11.

Sambutan dari pelajar amat menggalakkan. Bahkan mempelajari teknik belajar dengan kaedah yang betul banyak membantu mereka bagi memastikan mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

HARI PERTAMA


                                               Interaksi bersama pelajar SK Cukai






                                                             SMK Bukit Kuang




HARI KE-DUA


                                                    SMK SULTAN ISMAIL 11


Tuesday, December 29, 2015

Tip kejayaan


Mahu berjaya?

Mulakan azam hari ini, jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu yang ada dalam fikiran anda!
Orang yang gagal adalah orang yang hanya berfikir mahu melakukan, berkata-kata mahu berjaya tanpa bertindak dan mengusahakan!

Kata pepatah " Usaha tangga kejayaan"

Sunday, December 27, 2015

Persiapan Persekolahan 2016

Azam Persekolahan  2016

Penggal persekolahan 2016 akan bermula tinggal beberapa hari lagi. Ibu bapa dan anak-anak pastinya akan sibuk menyediakan keperluan sekolaj seperti beg baru, uniform dan alatulis. Selain itu yuran dan segala pengurusan berkait persekolahan juga perlu difikirkan.

Bagi pelajar yang teruja untuk naik ke tingkatan atau kelas baru, pastinya juga sibuk mahu membeli buku rujukan. Mereka sudah mula memikirkan mata pelajaran yang bakal difokuskan. Namun ada juga pelajar yang masih tiada kesedaran akan sibuk dengan mahu tukar handphone baru, baju fesyen terkini, motorsikal baru pelbagai lagi.

Saat ini ibu bapa perlu banyak mengembil berat soal anak-anak. Ketegasan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak tahu dan boleh membezakan antara keperluan dan kehendak. Mereka perlu bijak memahamkan anak-anak dalam membuat pertimbangan. Mengikut kemahuan anak-anak bagi perkara yang tidak perlu adalah satu perkara yan tidak wajar untuk ditunaikan.


Di tahun yang baru anak-anak perlu dinampakkan perkara yang lebih utama seperti;

  1. SIKAP 
  2. NILAI 
  3. KOMITMEN 
  4. HALATUJU 
  5. MATLAMAT PEPERIKSAAN 
  6. AKHLAK 
  7. IBADAH 

Tahun 2016 pastinya menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang jika persiapan awal dan halatuju sebenar dapat dikenalpasti dan dirancang lebih awal.



Saturday, November 28, 2015

Smart Learning; Fokus sewaktu belajar


Bismillah,

Ramai pelajar mengeluh kerana susah mengingati mata pelajaran. Ada juga yang mengadu boring mengulangkaji pelajaran bila susah  mengingat fakta, atau terpaksa membaca berulangkali.

Cara mengingati pelajaran tidak sukar sebenarnya. Perkara utama adalah FAHAM konsep terlebhi dahulu. Dengan kata lain apa yang kita pelajari itu perlu kita fahami, bila sudah faham barulah mudah mahu membuat ulangkaji atau mengigat fakta.

Bagaimana mahu faham? Bagi memahami mata pelajaran pelajar perlu fokus bila guru mengajar. Fokus dalam erti kata memberi tumpuan sepenuh hati, menggunakan seluruh pancaindera bagi memberi konsentrasi kepada apa tajuk yang diajar.

Sewaktu guru mengajar elakkan dari fikiran menerawang, khayal malah perlu mencatat apa isi penting yang diberi, melihat pada papan putih dan memastikan mendengar dengan teliti.

Selain itu elakkan dari bermain-main semasa belajar, bercakap dengan kawan, sibuk dengan telefon dan sebagainya.

Jika pelajar boleh fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran maka bagi membaca dan mengingat akan menjadi lebih mudah.

Moga berjaya!

Sunday, November 15, 2015

Smart Learning : Belajar dari Pemerhatian



Bismillah,

Salah satu cara belajar adalah melalui pemerhatian. Ia disebut juga sebagai observation.

Pemerhatian merupakan cara belajar yang sangat efektif. Seorang kanak-kanak lebih banyak belajar melalui pemerhatian dibandingkan dengan pendengaran.

Maka, apabila belajar, pastikan guna pancaindera mata untuk melihat. Secara tidak langsung ia membantu untuk cepat faham dan mudah mengingati mata pelajaran.

Thursday, November 5, 2015

Tip belajar : Study hard study smart

Bismillah,

Bagaimanakah cara belajar yang berkesan?

Apakah cara belajar yang paling baik?

Apakah tip membantu ke arah pencapaian cemerlang dalam pelajaran?


Ada banyak persoalan tentang teknik belajar, pasti cara belajar amat bergantung kepada individu. Namun begitu apa jua cara ia juga menjadi penentu kepada keputusan peperiksaan. Oleh itu pelajar perlu memastikan mereka study atau belajar dengan cara yang betul dan efektif.

Ada individu yang rasa belajar cukup banyak, namun keputusan tidak memuaskan dengan masa yang dilaburkan. Ada juga yang sudah ikuti pelbagai kelas tambahan namun hasil tetap sama. Di mana silapnya?

Persediaan peperiksaan perlu bermula awal. Bagi mengetahui teknik belajar berkesan kami menyediakan pelbagai tip untuk anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Monday, October 26, 2015

Keseimbangan Kehidupan

Bismillah,

Ramai inidividu membawa banyak peranan dalam satu masa. Mempunyai kerjaya dan berkeluarga pasti menuntut individu membahagikan masa dengan baik. Apalagi pada yang bukan semata bekerja dan bekeluarga, namun membuat keputusan untuk menyambung pelajaran demi menjamin kerjaya yang lebih baik serta menambah ilmu dan pengalaman.

Sebagai ibubapa, pekerja, pelajar, anak, ahli masyarakat dan lain-lain lagi peranan tambahan yang disandang individu. Ramai yang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan memainkan peranan tersebut sewajarnya. Ini memberi kesan baik kepada individu dan orang-orang sekeliling mereka.

Bagi mengelakkan kesan negatif seperti tidak fokus di tempat kerja, penat dan mudah naik marah, kurang masa melayan keluarga, burnout, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.

Bagi memastikan setiap peranan yang digalas dapat dilaksanakan dengan baik maka inidividu perlu menyedari dengan membuat senarai apakah tanggungjawab setiap peranan tersebut?
Contoh sebagai ibu bekerja, apa tugas yang perlu dilaksanakan? Mungkin ada yang meletakkan tugas seperti memasak, mengemas rumah, memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai dan lain-lain. Sebagai pekerja, adakah kita pekerja yang komited dengan tugasan, ada tugas yang perlu siap segera? Sebagai pelajar pula adakah kita dapat memastikan tugas-tugas sebagai pelajar dilunaskan? Ada assingment yang perlu disiapkan, nota yang perlu dibaca?

Maka bagaimana memastikan semua ini dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sudah pasti ia berkait dengan bagaimana individu mengagihkan masa dan pendekatan yang diambil bagi melaksanakan segala peranan tersebut.

Bagaimana mengurus masa?
Bagaimana menjadi ibubapa cemerlang?
Bagaimana menjadi pelajar contoh?
Bagaimana menjadi ahli masyarakat yang prihatin?

Jawapannya perlukan keseimbangan dalam hidup.





Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.