Bismillah,
Ramai pelajar mengeluh kerana susah mengingati mata pelajaran. Ada juga yang mengadu boring mengulangkaji pelajaran bila susah mengingat fakta, atau terpaksa membaca berulangkali.
Cara mengingati pelajaran tidak sukar sebenarnya. Perkara utama adalah FAHAM konsep terlebhi dahulu. Dengan kata lain apa yang kita pelajari itu perlu kita fahami, bila sudah faham barulah mudah mahu membuat ulangkaji atau mengigat fakta.
Bagaimana mahu faham? Bagi memahami mata pelajaran pelajar perlu fokus bila guru mengajar. Fokus dalam erti kata memberi tumpuan sepenuh hati, menggunakan seluruh pancaindera bagi memberi konsentrasi kepada apa tajuk yang diajar.
Sewaktu guru mengajar elakkan dari fikiran menerawang, khayal malah perlu mencatat apa isi penting yang diberi, melihat pada papan putih dan memastikan mendengar dengan teliti.
Selain itu elakkan dari bermain-main semasa belajar, bercakap dengan kawan, sibuk dengan telefon dan sebagainya.
Jika pelajar boleh fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran maka bagi membaca dan mengingat akan menjadi lebih mudah.
Moga berjaya!