PROGRAM TERKINI!

Tuesday, April 7, 2015

Kisah Motivasi

Motivasi

Kadangkala hati kita gundah gulana dan terdetik juga untuk mengatakan Allah tidak adil dengan pelbagai ujian terhadap kita. Untuk mengelakkan habit prejudis itu, ingin kami tutup coretan ini dengan memetik riwayat ringkas berikut. Semuga ia mampu memahamkan kita tentang kebaikan Allah terhadap kita.
Seorang hamba raja selalu berkata kepada raja, "Tuanku jangan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja. Pembantu Raja itu berjaya membunuh haiwan itu tetapi satu jari baginda hilang lalu dia dimarahi tanpa rasa berterima kasih. Raja berkata, “Jika Tuhan baik saya tidak akan diserang dan hilang satu jari”.
Hamba itu tetap menjawab, “Walaupun semua ini terjadi, saya tetap katakan Allah itu baik dan tidak pernah salah. Semua yang Dia aturkan adalah sempurna”. Raja yang marah dengan jawapan itu terus memerintahkan supaya pembantunya dipenjarakan.
Selepas itu Raja pergi berburu sendirian tanpa pembantu lalu telah ditangkap oleh orang asli yang mencari manusia untuk dikorbankan. Tiba-tiba didapati raja tidak mempunyai satu jari lalu dibebaskan kerana dianggap tubuhnya “tidak lengkap" sebagai korban. Raja amat bersyukur lalu berkata dalam hatinya, “Betullah kata hamba ku.. Allah memang amat baik pada ku”.
Sekembalinya ke istana, Raja terus memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata, “Tetapi saya muyskil. Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya penjarakan kamu?
Hambanya menjawab, “Jika saya tidak dipenjarakan, tentu saya akan pergi dengan Tuanku dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang”. Raja bersetuju dan amat gembira.
Kisah Musa a.s. dan Hamba Allah (Hidir a.s.) dalam surah al-Kahfi ayat 71-82 juga ada persamaan pelajarannya. Ada baiknya kita pelajari buat pedoman keluarga.
INGATLAH, YAKINLAH…
Semua yang Allah izinkan terjadi itu adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah. Sentiasalah bersangka baik dan jadikan musibah dan ujian sebagai satu sarana untuk memandaikan kita sepertimana anak sekolah juga.
QS: 2. Al Baqarah 214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
QS: 3. Ali 'Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal BELUM NYATA bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang SABAR.
Oleh itu, untuk keluarga DSAI dan kita-kita yang sedang menerima ujian, janganlah suka mengeluh dan merasa tertekan. Pemikiran negatif itu akan membunuh kuasa positif dalam diri kita dan ia amat merugikan.
Allah juga mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca artikel ini... Kerana ALLAH ITU BAIK DAN SEMPURNA...
Allah itu baik dan sempurna !!!
SUBHANALLAH… ALHAMDULILLAH… ALLAHUAKBAR

Warga Prihatin

Dipetik dari FB Warga Prihatin

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.