PROGRAM TERKINI!

Friday, April 28, 2017

Kaunseling

Alhamdulillah.
Bemulakan tugas sebagai panel kaunselor untuk satu perbadanan yang mempunyai hampir 700 pekerja di seluruh negara. 
Malangnya sejak puluhan tahun bertapak mereka tiada unit kaunseling. Satu cabaran besar untuk memulakan sesuatu yang baru. 
Ada pelbagai persepsi di kalangan pekerja. Apa pun ia satu langkah bijak bagi pihak HR yang melihat pentingnya kaunseling untuk para pekerja dan majikan.
Nota: 'Counseling and consulting' dua perkara berbeza. Nampak mudah.

Sunday, January 8, 2017

Motivasi Diri



Motivasi 2017
Motivasi Diri. Salah satunya melihat kejayaan kecil yang berjaya kita lakukan.
Salah satu kejayaan saya 2016 adalah berjaya melihat bakat dan potensi diri.
Siapa sangka saya ada bakat bertani. Sebelum ini hanya ada minat. 
Bila bakat dan minat digabungkan bersama ia membuahkan hasil. (Analogy Strong juga menyatakan begitu).
Salah satu rahsia kejayaan adalah "PASSION".
Nota:
Ramai orang gagal kerana suka melihat dari sudut pandang negatif baik pada diri sendiri dan orang lain.
Orang yang hasad dan irihati serta memandang orang lain dengan sebelah mata selalunya tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Wednesday, November 23, 2016

Kahwin Anda Berani



Bismillah,

Buku terbaru Dr Sakinah Salleh telah berada di pasaran. Dapatkan di kedai-kedai buku terpilih. Atau hubungi pihak Al Ihsan Training and Motivation bagi membuat tempahan di 011 3232 0072.


Utusan Malaysia- Slot Kutub Khanah 27.Okt .2016


Harian Metro- Slot Hati, Segmen Rak Buku. 22. November.2016

Tuesday, October 25, 2016

Sunday, May 8, 2016

Kejujuran adalah Kejayaan

Nilai kepercayaan
~~~~~~~~~~~~
Kepercayaan nilainya amat mahal. Ia lambang integriti seorang individu. Bila diberi kepercayaan, peganglah amanah itu. 
Ramai yang mengambil mudah nilai kepercayaan. Hakikatnya ia umpama bayang-bayang. Bila seseorang mengkhianati kepercayaan yang diberi maka leburkah maruahnya. 
Bila kita khianat dan tidak amanah sampai bila-bila individu lain akan melabelkan kita orang yang tidak amanah. Segala urusan hari mendatang akan menjadi payah.
Oleh itu, bila diberi kepercayaan. Jagalah!

Tip Kejayaan

Tip belajar dari orang berjaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap insan ada kelebihan yang Allah kurniakan. Orang yang hebat atau berjaya bukan kerana kehebatan atau kejayaan, tetapi kualiti yang membawa pada kehebatan dan kejayaan tersebut.
Apabila kita mahu berjaya dan belajar dari kejayaan orang lain, kita bukan melihat kekurangan atau mencari kekurangan dan kelemahan yang ada. 
Caranya adalah melihat ciri-ciri yang baik serta berfaedah untuk kita teladani dan contohi apa yang ada pada mereka.
Nota:
Jika hidup asyik mencari salah dan melihat orang lain dengan sebelah mata, sampai bila-bila kita akan jadi bodoh sombong dan tidak mempelajari apa-apa.

Teknik Menjual

Apa ada pada jualan?
===============
Joseph Sugarman dalam bukunya bertajuk Triggers menyatakan bahawa ' 95% pembeli membuat belian berkait dengan keputusan pemikiran bawah sedar'.
Dengan kata lain, kebanyakan belian berlaku bukan disebabkan keperluan.
Ahli bisnes yang menjalankan perniagaan barangan kehendak ramai yang kaya raya berbanding mereka yang berniaga barangan kehendak.
Nota: Jadi bagaimana menggunakan pemikiran bawah sedar untuk melariskan jualan?
Adakah ia mengikut syariat?

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.