PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label Coaching BMC. Show all posts
Showing posts with label Coaching BMC. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Teknik Menjual

Apa ada pada jualan?
===============
Joseph Sugarman dalam bukunya bertajuk Triggers menyatakan bahawa ' 95% pembeli membuat belian berkait dengan keputusan pemikiran bawah sedar'.
Dengan kata lain, kebanyakan belian berlaku bukan disebabkan keperluan.
Ahli bisnes yang menjalankan perniagaan barangan kehendak ramai yang kaya raya berbanding mereka yang berniaga barangan kehendak.
Nota: Jadi bagaimana menggunakan pemikiran bawah sedar untuk melariskan jualan?
Adakah ia mengikut syariat?

Monday, March 2, 2015

BMC: Unit Selling Point

PERBANYAKKAN USP
Sudah lama saya tidak menulis post tentang bisnes. Hari ini saya belanja satu post. Kali ini tentang Unique Selling Point atau ringkasnya USP.
Saya selalu bertanya kepada usahawan soalan ini, apa USP tuan? Berikan saya 3 USP tuan? Seringkali feedback yang saya terima, usahawan sukar mahu mencipta USP.
Dalam bisnes saya, ini soalan penting saya tanya apabila membuat apa-apa gerak kerja. Apa membezakan saya dengan yang lain?
Prinsip saya, Differentiate or Die!
Ain Maisarah mempunyai 65 USP ketika kami bermula. Setelah 7 tahun, berkemungkinan 30 lebih USP telah ditiru dan tidak boleh dikira sebagai USP lagi.
Bagaimana mencipta USP? Saya kongsikan 3 di sini. (ada banyak lagi sebenarnya)
1) Dengan cara melawan arus.
Orang buat Zig, kita buat Zag. Orang buat BLINK, kita buat BLANK. Carilah ARUS PERDANA itu, dan sila tongkah ARUS PERDANA itu. Bagaimana mengenalpasti ARUS PERDANA? lain kali saya cerita pulak.
2) Dengan cara memindahkan USP.

PETIKAN DARI TULISAN TUAN SYAIZUL AMAL
Bukan senang nak jadi unik. Zaman ini semua benda yang patut ada, sudahpun ada. Oleh itu cari USP di tempat lain, bawa ke tempat kita. Tukarkan lokasi. Jadinya USP kita itu jadi UNIK untuk lokasi yang baru.
Contoh pelanggan kami dalam industri buku merasakan seorang penulis dengan tema pakaian adalah unik. Padahal, dalam industri hiburan, ianya tidak unik, ia perkara biasa. Kami hanya pindahkan USP itu dari industri hiburan ke industri buku.
3) Dengan cara pecahkan USP dalam elemen-elemen kecil.
Setiap perkara itu masih boleh dipecah-pecahkan kriteria atau elemen-elemennya. Sekiranya kita jumpa satu USP kepunyaan syarikat lain yang bagus. Kita kaji USP itu dan cuba pecahkan kepada beberapa elemen, kita ubah elemen-elemen yang boleh, jadi keseluruhan USP itu telah menjadi unik kepada kita.
Cuba lihat gambarajah, contoh dalam JUALAN, kita mungkin boleh pecahkan kepada segmen :
Dalam membina USP JUALAN, kita boleh pecahkan kepada beberapa elemen atau gerak kerja dalam JUALAN.
Salah satu adalah Meja Jualan. Contoh, meja jualan BLINK BOOK sangat berbeza. Apabila kami berniaga di Pesta Buku, kami menyatakan kami Kedai Paling PINK di Pesta Buku. Ini USP yang diulang-ulang selama 3 tahun. Pada tahun ketiga, USP ini telah diambil oleh sebuah penerbit. Kami tukar menjadi yang paling BLINK-BLINK di Pesta Buku.
USP tidak perlu sesuatu yang besar, pecahkan semua gerak kerja dalam syarikat kita. Setiap gerak kerja itu, carikan kelainannya. USP itu hanya perlu nampak UNIK pada mata pelanggan kita.
Cipta USP yang memberikan nilai kepada pelanggan kita.
BAB USP ini sememangnya tidak cukup untuk diterangkan dalam post sebegini. Nantilah saya buat kelas, saya selitkan bab USP ini dan terangkan dalam 2 jam. 

Monday, February 9, 2015

Customer Segmen


Pusat Rawatan Islam di sebelah ofis Al Ihsan pesakitnya penuh hingga terpaksa meletakkan kerusi di luar sementara menunggu giliran.
Manakala klinik medical berhampiran agak sunyi dengan pelanggan. Ramai pesakit memilih rawatan alternatif untuk sakit-sakit kronik seperti rawatan kanser, kencing manis dan lain-lain.
Dengan kata lain pelanggan Pusat rawatan Islam ini bukan hanya yang ada masalah sakit spiritual bahkan masalaj sakit kronik juga datang merawat di pusat rawatan Islam.
Klinik medical kemungkinan boleh menambahkan tawaran nilai yang ada bagi memastikan dapat menambah customer.
*CS merupakan salah satu petak yang ada dalam BMC

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.