PROGRAM TERKINI!

Showing posts with label Business Model Canvas. Show all posts
Showing posts with label Business Model Canvas. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Customer Relationship


GET-KEEP-GROW
Menjaga hubungan dengan pelanggan amat penting dalam berbisnes. Ini kerana ahli bisnes bukan semata mendapatkan pelanggan yang baru namun perlu juga mengekalkan pelanggan sedia bagi membangunkan dan mengembangkan bisnes.
Ahli bisnes tidak perlu menjadi segelintir ahli politik yang turun padang saat meraih undi, bila menang segala janji tinggal janji. Berbisnes untuk jangka masa panjang perlu memastikan kepuasan pelanggan diambil kira. Jika tidak kita perlu bekerja keras sampai ke tua. Kata sifu bisnes "berniaga sampai bongkok"
Melakukan perkara yang sama akan memenatkan. Ia juga melambatkan perkembangan bisnes. Mendapatkan pelanggan tidak semudah mengekalkannya. Oleh itu ada beberapa cara yang perlu dipastikan iaitu:
+menjaga hak pelanggan
+memudahkan pelanggan
+menunaikan janji
+memberi maklumbalas
+membuat follow up

Customer Segmen


Pusat Rawatan Islam di sebelah ofis Al Ihsan pesakitnya penuh hingga terpaksa meletakkan kerusi di luar sementara menunggu giliran.
Manakala klinik medical berhampiran agak sunyi dengan pelanggan. Ramai pesakit memilih rawatan alternatif untuk sakit-sakit kronik seperti rawatan kanser, kencing manis dan lain-lain.
Dengan kata lain pelanggan Pusat rawatan Islam ini bukan hanya yang ada masalah sakit spiritual bahkan masalaj sakit kronik juga datang merawat di pusat rawatan Islam.
Klinik medical kemungkinan boleh menambahkan tawaran nilai yang ada bagi memastikan dapat menambah customer.
*CS merupakan salah satu petak yang ada dalam BMC

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.