PROGRAM TERKINI!

Thursday, November 5, 2015

Tip belajar : Study hard study smart

Bismillah,

Bagaimanakah cara belajar yang berkesan?

Apakah cara belajar yang paling baik?

Apakah tip membantu ke arah pencapaian cemerlang dalam pelajaran?


Ada banyak persoalan tentang teknik belajar, pasti cara belajar amat bergantung kepada individu. Namun begitu apa jua cara ia juga menjadi penentu kepada keputusan peperiksaan. Oleh itu pelajar perlu memastikan mereka study atau belajar dengan cara yang betul dan efektif.

Ada individu yang rasa belajar cukup banyak, namun keputusan tidak memuaskan dengan masa yang dilaburkan. Ada juga yang sudah ikuti pelbagai kelas tambahan namun hasil tetap sama. Di mana silapnya?

Persediaan peperiksaan perlu bermula awal. Bagi mengetahui teknik belajar berkesan kami menyediakan pelbagai tip untuk anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Monday, October 26, 2015

Keseimbangan Kehidupan

Bismillah,

Ramai inidividu membawa banyak peranan dalam satu masa. Mempunyai kerjaya dan berkeluarga pasti menuntut individu membahagikan masa dengan baik. Apalagi pada yang bukan semata bekerja dan bekeluarga, namun membuat keputusan untuk menyambung pelajaran demi menjamin kerjaya yang lebih baik serta menambah ilmu dan pengalaman.

Sebagai ibubapa, pekerja, pelajar, anak, ahli masyarakat dan lain-lain lagi peranan tambahan yang disandang individu. Ramai yang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan memainkan peranan tersebut sewajarnya. Ini memberi kesan baik kepada individu dan orang-orang sekeliling mereka.

Bagi mengelakkan kesan negatif seperti tidak fokus di tempat kerja, penat dan mudah naik marah, kurang masa melayan keluarga, burnout, tekanan perasaan dan pelbagai lagi.

Bagi memastikan setiap peranan yang digalas dapat dilaksanakan dengan baik maka inidividu perlu menyedari dengan membuat senarai apakah tanggungjawab setiap peranan tersebut?
Contoh sebagai ibu bekerja, apa tugas yang perlu dilaksanakan? Mungkin ada yang meletakkan tugas seperti memasak, mengemas rumah, memastikan pendidikan anak-anak tidak terabai dan lain-lain. Sebagai pekerja, adakah kita pekerja yang komited dengan tugasan, ada tugas yang perlu siap segera? Sebagai pelajar pula adakah kita dapat memastikan tugas-tugas sebagai pelajar dilunaskan? Ada assingment yang perlu disiapkan, nota yang perlu dibaca?

Maka bagaimana memastikan semua ini dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sudah pasti ia berkait dengan bagaimana individu mengagihkan masa dan pendekatan yang diambil bagi melaksanakan segala peranan tersebut.

Bagaimana mengurus masa?
Bagaimana menjadi ibubapa cemerlang?
Bagaimana menjadi pelajar contoh?
Bagaimana menjadi ahli masyarakat yang prihatin?

Jawapannya perlukan keseimbangan dalam hidup.





Monday, October 5, 2015

Tip menghadapi peperiksaan





Peperiksaan hampir menjelma bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2015.

Teruja, gemuruh, belum bersedia, panik, takut, bimbang, suspen dan pelbagai lagi perasaan yang hadir.

Masa yang ada adalah sangat berharga. Perasaan negatif tidak perlu dilayan. Apa yang penting bagaimana menggunakan masa yang ada ini untuk memastikan persediaan peperiksaan yang tidak lama lagi.



Tip menghadapi peperiksaan:

  1. Tingkatkan ibadat demi menambahkan keberkatan dalam menuntut ilmu serta keyakinan diri. Contohnya, amalan puasa sunat membantu meningkatkan ingatan.
  2. Peruntukkan masa sewajarnya untuk persediaan akhir peperiksaan. Elakkan membuang masa pada perkara tidak berfaedah.
  3. Berikan lebih konsentrasi kepada subjek yang lemah. Cuba perbanyakkan menjawab soalan-soalan tahun lepas. Berjumpa guru lebih kerap untuk merujuk jawapan anda.
  4. Pastikan nota-nota ringkas tersedia untuk setiap mata pelajaran. Terutama terminologi atau formula yang perlu dihafal.
  5. Baca semula contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh guru. Amalkan teknik membaca yang dipelajari serta banyakkan membuat Akronim.
  6. Adakan study group bersama rakan-rakan untuk berbincang atau mengulangkaji.
  7. Buat peta minda atau nota kecil agar mudah dibawa ke mana sahaja untuk memudah
  8. Banyakkan minum air dan mengambil makanan berkhasiat.
  9. Elakkan tidur yang banyak dan jangan tidur pada waktu pagi
  10. Berfikir positif. Usaha dan bertawakal kepada Allah. 


Monday, September 28, 2015

PROGRAM SMART LEARNING DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 1






PROGRAM SMART LEARNING telah berlansung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1.Pelajar yang terlibat di dalam PROGRAM SMART LEARNING seramai 192 orang yang terdiri daripada pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM.

Antara skills atau kemahiran yang dipelajari :
  • Teknik membaca.
  • Teknik mengambil nota.
  • Tips megurus masa belajar.
  • Teknik mengulangkaji.
  • Teknik membuat peta minda. 
  • Teknik mengingat. 




Selain mempelajari teknik-teknik belajar berkesan atau smart learning, para pelajar juga disuntik motivasi belajar berkonsepkan MOTIVASI 3i.

Ribuan terimakasih kepada seluruh warga sekolah dan juga para jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program SMART LEARNING ini.Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan dapat digunakan supaya pelajar terus berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.Selamat Maju Jaya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun 2015.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar untuk mencungkil bakat dan idea :



Teknik membuat peta minda

Pelajar membuat perbentangan menggunakan peta minda yang telah dibuat di dalam kumpulan.
































Monday, September 7, 2015

UPSR 2015

SELAMAT MENDUDUKI UPSR KEPASA SEMUA CALON UPSR 2015

USAHA

IKTIAR

DOA

TAWAKKAL

SELAMAT MAJU JAYA

Friday, June 12, 2015

Train the Trainer

http://travelogempayarjiwa.blogspot.com/2015/06/work-life-balance-brunei-2015.html

Tuesday, April 7, 2015

Kisah Motivasi

Motivasi

Kadangkala hati kita gundah gulana dan terdetik juga untuk mengatakan Allah tidak adil dengan pelbagai ujian terhadap kita. Untuk mengelakkan habit prejudis itu, ingin kami tutup coretan ini dengan memetik riwayat ringkas berikut. Semuga ia mampu memahamkan kita tentang kebaikan Allah terhadap kita.
Seorang hamba raja selalu berkata kepada raja, "Tuanku jangan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja. Pembantu Raja itu berjaya membunuh haiwan itu tetapi satu jari baginda hilang lalu dia dimarahi tanpa rasa berterima kasih. Raja berkata, “Jika Tuhan baik saya tidak akan diserang dan hilang satu jari”.
Hamba itu tetap menjawab, “Walaupun semua ini terjadi, saya tetap katakan Allah itu baik dan tidak pernah salah. Semua yang Dia aturkan adalah sempurna”. Raja yang marah dengan jawapan itu terus memerintahkan supaya pembantunya dipenjarakan.
Selepas itu Raja pergi berburu sendirian tanpa pembantu lalu telah ditangkap oleh orang asli yang mencari manusia untuk dikorbankan. Tiba-tiba didapati raja tidak mempunyai satu jari lalu dibebaskan kerana dianggap tubuhnya “tidak lengkap" sebagai korban. Raja amat bersyukur lalu berkata dalam hatinya, “Betullah kata hamba ku.. Allah memang amat baik pada ku”.
Sekembalinya ke istana, Raja terus memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata, “Tetapi saya muyskil. Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya penjarakan kamu?
Hambanya menjawab, “Jika saya tidak dipenjarakan, tentu saya akan pergi dengan Tuanku dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang”. Raja bersetuju dan amat gembira.
Kisah Musa a.s. dan Hamba Allah (Hidir a.s.) dalam surah al-Kahfi ayat 71-82 juga ada persamaan pelajarannya. Ada baiknya kita pelajari buat pedoman keluarga.
INGATLAH, YAKINLAH…
Semua yang Allah izinkan terjadi itu adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah. Sentiasalah bersangka baik dan jadikan musibah dan ujian sebagai satu sarana untuk memandaikan kita sepertimana anak sekolah juga.
QS: 2. Al Baqarah 214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
QS: 3. Ali 'Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal BELUM NYATA bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang SABAR.
Oleh itu, untuk keluarga DSAI dan kita-kita yang sedang menerima ujian, janganlah suka mengeluh dan merasa tertekan. Pemikiran negatif itu akan membunuh kuasa positif dalam diri kita dan ia amat merugikan.
Allah juga mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca artikel ini... Kerana ALLAH ITU BAIK DAN SEMPURNA...
Allah itu baik dan sempurna !!!
SUBHANALLAH… ALHAMDULILLAH… ALLAHUAKBAR

Warga Prihatin

Dipetik dari FB Warga Prihatin

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.