PROGRAM TERKINI!

Friday, April 28, 2017

Muhasabah diri



MUHASABAH

Kita cenderung melihat apa yang orang lain ada dan miliki.
Kita tengok pasangan orang lain hebat belaka.
Kita lihat anak orang lain pandai-pandai semuanya, 
Kita perhatikan keluarga orang lain bahagia dan senang lenang sahaja.
Hakikatnya kita sekadar melihat dengan pandangan zahir.
Jarang sekali kita menggunakan
pandangan mata hati.
Mata hati membantu kita membuat refleksi diri,
Belajar mensyukuri,
apa yang dimiliki,
memperbaiki kesilapan diri,
menggunakan seluruh potensi,
bagi mengubah kehidupan sendiri,
menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Seringkali juga kita melihat secara zahir tanpa kita ketahui,
apa ujian yang telah mereka telah lalui,
Ada yang sekarang kaya raya,
mana kita tahu dulu mereka hidup papa kedana.
Ada yang bahagia,
mana kita tahu dahulunya mereka hidup dalam sengsara.
Ada yang bahagia,
mana kita sedar mereka sebelum ini diuji pelbagai cara.
Sungguh, hidup ini pentas ujian,
semua kita ada cabaran tersendiri,
Dia menguji hambanya berbeza-beza,
Allah beri apa yang terbaik untuk kita, di sisinya,
susah senang kaya raya bahagia derita,
semuanya itu cubaan belaka,
bagi insan yang mahu berfikir,
tahu untuk bersyukur,
mahu untuk belajar,
rasa kecintaan akan hadir,
dalam apa jua keadaan,
dalam apa jua bentuk kehidupan,
Dia mahu kita dekat padaNya.
kembali pada fitrahNya.
Tinta pena
Dr Sakinah Salleh

Motivasi 3i



Kaya dan hebat mana pun kita, semuanya milik Allah.
Kita sekadar singgah sementara di alam ini.
Kita akan kembali kepadaNya.
Apa yang akan kita bawa bersama untuk satu perjalanan itu?
Pastinya amalan yang baik yang di terima di sisi Allah.
Allah ampunkanlah segala dosa kami.
Masukkan kami ke dalam syurgaMu.
-Brunei Darussalam

Kaunseling

Alhamdulillah.
Bemulakan tugas sebagai panel kaunselor untuk satu perbadanan yang mempunyai hampir 700 pekerja di seluruh negara. 
Malangnya sejak puluhan tahun bertapak mereka tiada unit kaunseling. Satu cabaran besar untuk memulakan sesuatu yang baru. 
Ada pelbagai persepsi di kalangan pekerja. Apa pun ia satu langkah bijak bagi pihak HR yang melihat pentingnya kaunseling untuk para pekerja dan majikan.
Nota: 'Counseling and consulting' dua perkara berbeza. Nampak mudah.

Sunday, January 8, 2017

Motivasi Diri



Motivasi 2017
Motivasi Diri. Salah satunya melihat kejayaan kecil yang berjaya kita lakukan.
Salah satu kejayaan saya 2016 adalah berjaya melihat bakat dan potensi diri.
Siapa sangka saya ada bakat bertani. Sebelum ini hanya ada minat. 
Bila bakat dan minat digabungkan bersama ia membuahkan hasil. (Analogy Strong juga menyatakan begitu).
Salah satu rahsia kejayaan adalah "PASSION".
Nota:
Ramai orang gagal kerana suka melihat dari sudut pandang negatif baik pada diri sendiri dan orang lain.
Orang yang hasad dan irihati serta memandang orang lain dengan sebelah mata selalunya tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Wednesday, November 23, 2016

Kahwin Anda Berani



Bismillah,

Buku terbaru Dr Sakinah Salleh telah berada di pasaran. Dapatkan di kedai-kedai buku terpilih. Atau hubungi pihak Al Ihsan Training and Motivation bagi membuat tempahan di 011 3232 0072.


Utusan Malaysia- Slot Kutub Khanah 27.Okt .2016


Harian Metro- Slot Hati, Segmen Rak Buku. 22. November.2016

Tuesday, October 25, 2016

Sunday, May 8, 2016

Kejujuran adalah Kejayaan

Nilai kepercayaan
~~~~~~~~~~~~
Kepercayaan nilainya amat mahal. Ia lambang integriti seorang individu. Bila diberi kepercayaan, peganglah amanah itu. 
Ramai yang mengambil mudah nilai kepercayaan. Hakikatnya ia umpama bayang-bayang. Bila seseorang mengkhianati kepercayaan yang diberi maka leburkah maruahnya. 
Bila kita khianat dan tidak amanah sampai bila-bila individu lain akan melabelkan kita orang yang tidak amanah. Segala urusan hari mendatang akan menjadi payah.
Oleh itu, bila diberi kepercayaan. Jagalah!

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.