PROGRAM TERKINI!

Monday, September 7, 2015

UPSR 2015

SELAMAT MENDUDUKI UPSR KEPASA SEMUA CALON UPSR 2015

USAHA

IKTIAR

DOA

TAWAKKAL

SELAMAT MAJU JAYA

Friday, June 12, 2015

Train the Trainer

http://travelogempayarjiwa.blogspot.com/2015/06/work-life-balance-brunei-2015.html

Tuesday, April 7, 2015

Kisah Motivasi

Motivasi

Kadangkala hati kita gundah gulana dan terdetik juga untuk mengatakan Allah tidak adil dengan pelbagai ujian terhadap kita. Untuk mengelakkan habit prejudis itu, ingin kami tutup coretan ini dengan memetik riwayat ringkas berikut. Semuga ia mampu memahamkan kita tentang kebaikan Allah terhadap kita.
Seorang hamba raja selalu berkata kepada raja, "Tuanku jangan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan".
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja. Pembantu Raja itu berjaya membunuh haiwan itu tetapi satu jari baginda hilang lalu dia dimarahi tanpa rasa berterima kasih. Raja berkata, “Jika Tuhan baik saya tidak akan diserang dan hilang satu jari”.
Hamba itu tetap menjawab, “Walaupun semua ini terjadi, saya tetap katakan Allah itu baik dan tidak pernah salah. Semua yang Dia aturkan adalah sempurna”. Raja yang marah dengan jawapan itu terus memerintahkan supaya pembantunya dipenjarakan.
Selepas itu Raja pergi berburu sendirian tanpa pembantu lalu telah ditangkap oleh orang asli yang mencari manusia untuk dikorbankan. Tiba-tiba didapati raja tidak mempunyai satu jari lalu dibebaskan kerana dianggap tubuhnya “tidak lengkap" sebagai korban. Raja amat bersyukur lalu berkata dalam hatinya, “Betullah kata hamba ku.. Allah memang amat baik pada ku”.
Sekembalinya ke istana, Raja terus memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata, “Tetapi saya muyskil. Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya penjarakan kamu?
Hambanya menjawab, “Jika saya tidak dipenjarakan, tentu saya akan pergi dengan Tuanku dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang”. Raja bersetuju dan amat gembira.
Kisah Musa a.s. dan Hamba Allah (Hidir a.s.) dalam surah al-Kahfi ayat 71-82 juga ada persamaan pelajarannya. Ada baiknya kita pelajari buat pedoman keluarga.
INGATLAH, YAKINLAH…
Semua yang Allah izinkan terjadi itu adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah. Sentiasalah bersangka baik dan jadikan musibah dan ujian sebagai satu sarana untuk memandaikan kita sepertimana anak sekolah juga.
QS: 2. Al Baqarah 214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
QS: 3. Ali 'Imran 142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal BELUM NYATA bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang SABAR.
Oleh itu, untuk keluarga DSAI dan kita-kita yang sedang menerima ujian, janganlah suka mengeluh dan merasa tertekan. Pemikiran negatif itu akan membunuh kuasa positif dalam diri kita dan ia amat merugikan.
Allah juga mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca artikel ini... Kerana ALLAH ITU BAIK DAN SEMPURNA...
Allah itu baik dan sempurna !!!
SUBHANALLAH… ALHAMDULILLAH… ALLAHUAKBAR

Warga Prihatin

Dipetik dari FB Warga Prihatin

Monday, March 2, 2015

BMC: Unit Selling Point

PERBANYAKKAN USP
Sudah lama saya tidak menulis post tentang bisnes. Hari ini saya belanja satu post. Kali ini tentang Unique Selling Point atau ringkasnya USP.
Saya selalu bertanya kepada usahawan soalan ini, apa USP tuan? Berikan saya 3 USP tuan? Seringkali feedback yang saya terima, usahawan sukar mahu mencipta USP.
Dalam bisnes saya, ini soalan penting saya tanya apabila membuat apa-apa gerak kerja. Apa membezakan saya dengan yang lain?
Prinsip saya, Differentiate or Die!
Ain Maisarah mempunyai 65 USP ketika kami bermula. Setelah 7 tahun, berkemungkinan 30 lebih USP telah ditiru dan tidak boleh dikira sebagai USP lagi.
Bagaimana mencipta USP? Saya kongsikan 3 di sini. (ada banyak lagi sebenarnya)
1) Dengan cara melawan arus.
Orang buat Zig, kita buat Zag. Orang buat BLINK, kita buat BLANK. Carilah ARUS PERDANA itu, dan sila tongkah ARUS PERDANA itu. Bagaimana mengenalpasti ARUS PERDANA? lain kali saya cerita pulak.
2) Dengan cara memindahkan USP.

PETIKAN DARI TULISAN TUAN SYAIZUL AMAL
Bukan senang nak jadi unik. Zaman ini semua benda yang patut ada, sudahpun ada. Oleh itu cari USP di tempat lain, bawa ke tempat kita. Tukarkan lokasi. Jadinya USP kita itu jadi UNIK untuk lokasi yang baru.
Contoh pelanggan kami dalam industri buku merasakan seorang penulis dengan tema pakaian adalah unik. Padahal, dalam industri hiburan, ianya tidak unik, ia perkara biasa. Kami hanya pindahkan USP itu dari industri hiburan ke industri buku.
3) Dengan cara pecahkan USP dalam elemen-elemen kecil.
Setiap perkara itu masih boleh dipecah-pecahkan kriteria atau elemen-elemennya. Sekiranya kita jumpa satu USP kepunyaan syarikat lain yang bagus. Kita kaji USP itu dan cuba pecahkan kepada beberapa elemen, kita ubah elemen-elemen yang boleh, jadi keseluruhan USP itu telah menjadi unik kepada kita.
Cuba lihat gambarajah, contoh dalam JUALAN, kita mungkin boleh pecahkan kepada segmen :
Dalam membina USP JUALAN, kita boleh pecahkan kepada beberapa elemen atau gerak kerja dalam JUALAN.
Salah satu adalah Meja Jualan. Contoh, meja jualan BLINK BOOK sangat berbeza. Apabila kami berniaga di Pesta Buku, kami menyatakan kami Kedai Paling PINK di Pesta Buku. Ini USP yang diulang-ulang selama 3 tahun. Pada tahun ketiga, USP ini telah diambil oleh sebuah penerbit. Kami tukar menjadi yang paling BLINK-BLINK di Pesta Buku.
USP tidak perlu sesuatu yang besar, pecahkan semua gerak kerja dalam syarikat kita. Setiap gerak kerja itu, carikan kelainannya. USP itu hanya perlu nampak UNIK pada mata pelanggan kita.
Cipta USP yang memberikan nilai kepada pelanggan kita.
BAB USP ini sememangnya tidak cukup untuk diterangkan dalam post sebegini. Nantilah saya buat kelas, saya selitkan bab USP ini dan terangkan dalam 2 jam. 

Belajar Bahasa ARAB & Mandarin

Ingin anak-anak anda belajar Bahasa ARAB & Mandarin ?


Kami pihak AL IHSAN TRAINING & MOTIVATION pasti bahawa anda inginkan anak-anak anda Berjaya dalam kehidupan dan mempunyai pekerjaan atau karier yang menjamin masa depan mereka..Pihak kami telah menawarkan Program belajar Bahasa ARAB & MANDARIN untuk anak-anak anda.

Kenapa perlu belajar Bahasa arab ? 

  1.      .   Kerana Bahasa arab itu adalah Bahasa ahli syurga
  2.          Kerana Bahasa arab Bahasa Para Anbiya
  3.      .   Kerana ia Bahasa al-quran dan hadis

Ia juga merupakan Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang Ke-3 ( Berusahalah Berbahasa Arab dengan Fasih)

Kenapa perlu belajar Bahasa cina ?

  1. Peluang-peluang pekerjaan 
  2. Bahasa yang sangat sesuai untuk belajar matematik 
  3. Bahasa yang banyak digunakan dalam perniagaan 
  4. Dapat berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin serta mempunyai kelebihan yang istimewa 
PM @ HUBUNGI KAMI DI : 
Office : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 / 011 3232 0072





Akademi Al Quran ABS Al Ihsan telah membawakan Program Cuti Sekolah mac 2015

Terbuka kepada semua Pelajar 7- 17 tahun yang berada di sekitar Selangor..
Akademi Al Quran ABS Al Ihsan telah membawakan Program Cuti Sekolah mac 2015..
Marilah mendaftar kerana aktiviti ini pasti membuat semua anak-anak menjadi seorang yang Huffaz Cilik selain daripada mengisi masa lapang ketika cuti sekolah sedang berjalan..
PM @ HUBUNGI KAMI DI :
Office : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 / 011 3232 0072

Sunday, March 1, 2015

PROGRAM SMART LEARNING

ANTARA PROGRAM yang ditawarkan di AL IHSAN TRAINING & MOTIVATION CENTRE iaitu : Program Smart Learning
Program Smart Learning ini akan disampaikan oleh DR SAKINAH SALLEH..Beliau merupakan seorang Motivator , Writer dan Caunselor.
Program ini bertujuan supaya dapat memupuk semangat cintakan ilmu..Malahan daripada Program ini juga boleh mencungkil bakat dan potensi setiap pelajar.Selain itu pelajar dapat menguasai teknik pengurusan masa belajar yang bersesuaian..
Sasaran Utama untuk program ini ialah daripada Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan :
Office/fax : 03 6038 6848
H/phone : 011 3232 0031 / 011 3232 0072


Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.