PROGRAM TERKINI!

Monday, February 16, 2015

Assalamualaikum..

Untuk makluman kepada semua IBUBAPA yang tercari-cari aktiviti yang sesuai kepada anak-anak pada cuti sekolah pada bulan Mac ini.Aktiviti yang melibatkan diri anak-anak supaya terus menjadi anak yang Huffaz cilik dan mempunyai aktiviti yang comprehensive untuk anak-anak tersayang..

Nantikan Program-Program yang akan dianjurkan pada bulan MAC 2015 ini.

Dengan kerjasama Al ihsan Training And Motivation Centre dan Akademi AL Quran ABS Al Ihsan..

Pelbagai program yang akan dijalankan,berserta modul yang sangat menarik minat anak-anak di luar sana.


Program Parenting Talk Series anjuran Al-Ihsan Training & Motivation

Assalamualaikum

Makluman program Parenting Talk Series anjuran Al-Ihsan Training & Motivation.

Pendaftaran dibuka

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Untuk yang berminat untuk mendaftar,

SMS @ HUBUNGI :
*PTS <Nama Anda>&(Nama Pasangan) ke 011-3232 0031 & 011-3232 0072

PM DI FACEBOOK : www.facebook.com/alihsantrainingmotivation


Bayaran boleh dibuat melalui :
BANK ISLAM : Alihsantrainingandmotivation
No : 12168010013035

TEMPAT TERHAD


Sunday, February 15, 2015

Teknik Belajar Membuat Peta Minda

























ILMU BIARPUN SEDIKIT DISAMPAIKAN OLEH ORANG YANG AHLI AKAN LEBIH DIINGATI - USTAZ GHAZALI (DIKIR ZIKIR, TV HIJRAH)

* Foto program SMART LEARNING -TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA



Monday, February 9, 2015

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.   Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak
      lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.   Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa
      membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.   Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
  Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1  tahun.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA

  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH



KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH

Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Al Ihsan Training and Motivation

Al Ihsan Training and Motivation
Menyediakan perkhidmatan perundingan, ceramah, forum, diskusi, seminar, motivasi, latihan, kepimpinan, kaunseling untuk semua lapisan individu seperti pelajar, pekerja, ibu bapa, guru dan lain-lain.